Euforia Bola 2026
Nur

Lafaz ‘Bismillah’ Jadi Zikir Bibir Di Setiap Perbuatan, Ini 5 Manfaat Bila Amalkan!

lafaz bismillah

Basmalah merupakan kalimah yang tidak asing lagi bagi orang Muslim. Di mana, lafaz bismillah atau bismillahirrahmanirrahim sering diamalkan ketika ingin memulakan setiap perkara atau tindakan yang bermanfaat.

Baca juga: Kisah Sejarah Hebat 6 Tiang Raudhah Dalam Masjid Nabawi, Ramai Yang Belum Tahu Rupanya…

LAFAZ BISMILLAH

lafaz bismillah

Gambar: Majoriti

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

(Bismillahirrahmanirrahim)

Ertinya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.”

Melalui portal Mufti Wilayah Persekutuan, Baginda Nabi SAW memerintahkan umatnya supaya dalam melakukan setiap perkara hendaklah dimulai dengan membaca Basmalah. Ini seperti Sabda Nabi SAW:

كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ

Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus. Riwayat Ibnu Majah (1894)

Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya,

“Perkara yang penting di dalam hadis di atas maksud ‘terputus’ di dalam hadis di atas adalah kurangnnya keberkatan dalam melakukan sesuatu perbuatan. Para ulama menyatakan disunatkan memulakan setiap penulisan, pembelajaran, pengajaran, khutbah, percakapan dan perkara-perkara yang lain yang dilihat penting dengan memuji Allah SWT.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1/73)

Baca juga: Senarai Lengkap Turutan Solat Sunat, Dari Awal Pagi Hingga Tibanya Malam!

5 MANFAAT SENTIASA LAFAZ BASMALAH

Berikut merupakan 5 manfaat membaca basmalah sebelum melakukan sesuatu perkara, seperti disiarkan portal Majoriti.

1. Hapus dosa-dosa kecil

Dalam sebuah hadis ada menyatakan, membaca basmalah dapat menghapus dosa-dosa kecil yang telah dilakukan seseorang Muslim.

“Barang siapa yang membaca bismillah, maka tidak ada sisa sedikit pun daripada dosa-dosanya yang kecil.” (HR. Muttafaq Alaih)

2. Mengingatkan diri kepada Allah SWT

Mengamalkan basmalah merupakan salah satu cara untuk mengingatkan diri bahawa segala sesuatu yang dilakukan adalah di atas izin dan kuasa Allah SWT.

Dengan mengingati ALLAH SWT sebelum setiap tindakan yang diambil, secara tidak langsung dapat mencipta satu hubungan yang lebih erat dengan-Nya melaluli lafaz bismillahirrahmanirrahim (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ).

“Sesiapa berselawat kepada Allah, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (Riwayat Muslim)

3. Perlindungan daripada kejahatan syaitan

Selain itu, membaca basmalah juga satu bentuk perlindungan diri daripada syaitan. Di mana, makhluk syaitan akan menjauhkan diri daripada seseorang yang melafazkan bismillah sebelum melakukan sesuatu.

Amalan ini dapat membantu diri untuk membuat keputusan yang lebih baik dan mengelakkan daripada terpengaruh oleh niat jahat syaitan.

Baca juga: Tular Kaedah Ruqyah Rendam Kertas Ayat Suci Al-Quran & Diminum, Mufti Jelaskan Hukumnya!

4. Peroleh keberkatan hidup

lafaz bismillah

Gambar: TippaPatt

Fadilatnya, apa pun pekerjaan baik yang didahului dengan membaca bismillah maka kehidupan individu yang membacanya akan mendapat keberkatan dan malaikat membentangkan sayapnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tiada seorang hamba yang mengucapkan bismillah kecuali ALLAH memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk dicatatkan dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

5. Mencegah musibah

Manfaat membaca basmalah juga adalah sebagai satu usaha untuk mencegah diri dari sebarang musibah atau malapetaka.

Dari Ali bin Abi Thalib, Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Wahai Ali mahukah aku (Muhammad) ajarkan kepadamu kalimat menghadapi petaka?, Ali kemudian mengiyakan. Rasulullah kembali melanjutkan sabdanya, “Jika menghadapi petaka maka ucapkanlah: bismillahirrahmanirrahim wa la haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil adhim. Niscaya dengan kalimat itu, ALLAH akan menghilangkan petaka apa pun yang Dia kehendaki.” (Imam Nawawi)

Dengan selalu membaca bismillahirrahmanirrahim, seorang Muslim akan sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

Kesimpulan

Melafazkan bismillahirrahmanirrahim sebagai zikir bibir sebelum melakukan sebarang tindakan atau perkara yang bermanfaat adalah amalan yang digalakkan. Ia membawa kepada pelbagai manfaat kepada umat Islam.

Oleh itu, mari jadikan lafaz bismillahirrahmanirrahim sebagai rutin di dalam kehidupan anda.

Baca juga: Besarkan Zakar Dalam Islam, Boleh Ke Tidak? Orang Lelaki Kena Tahu Hukumnya!

Sumber: Majoriti

FT Image: shutterstock / TippaPatt

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×