Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa semua kaunter bayar caruman (peresitan) yang beroperasi di pejabat KWSP seluruh Malaysia akan ditutup sepenuhnya berkuat kuasa 1 Julai 2026.
Namun begitu, KWSP menjelaskan bahawa kaunter perkhidmatan di pejabatnya akan terus beroperasi seperti biasa bagi memastikan urusan lain masih dapat dijalankan tanpa gangguan.
Baca juga: Kekal Anggun Jelita, Rakyat Titip Doa Buat Tengku Permaisuri Selangor Sempena Ulang Tahun Ke-55
KWSP TUTUP KAUNTER BAYAR CARUMAN BERMULA 1 JULAI 2026

Menurut kenyataan tersebut, langkah penutupan kaunter peresitan ini adalah sebahagian daripada usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan serta peralihan kepada penggunaan saluran digital yang lebih efisien dan mudah diakses oleh ahli serta majikan.
Sehubungan dengan itu, ahli KWSP masih boleh membuat bayaran caruman melalui pelbagai saluran alternatif yang telah disediakan iaitu:
- Aplikasi KWSP i-Akaun
- Perbankan internet
- Kaunter ejen bank terpilih
- Self-Service Terminal (SST)
- Perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship Advisory (RA)
Bagi pihak majikan pula, KWSP menggalakkan agar semua pembayaran caruman dilakukan melalui portal i-Akaun (Majikan) bagi memastikan proses transaksi dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, cepat dan teratur tanpa perlu ke kaunter fizikal.
KWSP turut menegaskan bahawa penutupan kaunter peresitan ini tidak akan menjejaskan keupayaan ahli atau majikan untuk membuat bayaran caruman.

Hal ini kerana pelbagai alternatif pembayaran moden masih tersedia dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keselesaan pengguna.
Dalam masa yang sama, KWSP kekal komited untuk terus mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap urusan berkaitan caruman dapat dilakukan melalui platform yang lebih selamat, cekap dan mesra pengguna selaras dengan keperluan semasa pendigitalan perkhidmatan awam.
