Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, kerajaan mengumumkan pemberian Rebat Rahmah Aidilfitri, satu insentif khas berupa tambahan kuota data minimum 5GB secara percuma kepada semua pengguna telekomunikasi pascabayar dan prabayar yang merupakan warga Malaysia.
Inisiatif ini, yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat telekomunikasi, bertujuan membantu rakyat kekal berhubung dengan keluarga dan sahabat handai sepanjang hari pertama perayaan.
Baca juga: Perdana Menteri Umum Penjawat Awam Dapat Duit Raya RM500, Pesara RM250
KUOTA DATA MINIMUM 5GB UNTUK RAKYAT SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Foto: Freepik
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, kos tambahan kuota itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat telekomunikasi.
“Ini adalah insentif kali pertama diperkenalkan khususnya Kementerian Komunikasi iaitu tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar, warga Malaysia.
“Tambahan kuota data ini sah bagi tempoh 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet.
Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan berkata, usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat telekomunikasi itu sejajar dengan hasrat kerajaan Madani dalam menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat. Menurutnya, ia juga penting dalam mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Aidilfitri.
“Insentif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 45 juta pemegang akaun berdaftar di negara ini,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai insentif rebat Rahmah Aidilfitri akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Antara yang terlibat adalah:
– CelcomDigi
– Maxis
– Umobile
– TM Tech
– YTL Communications
– Pavo Comms
– Tune Talk
– redONE
– REDtone
– XOX Com
Senarai soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Komunikasi menerusi pautan https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq.

Infografik BERNAMA.
*Menarik juga insentif ini kan? Boleh jadi satu kelebihan untuk rakyat Malaysia terutama yang mahu berhubung dengan keluarga dan sahabat pada Hari Raya.
Baca juga: Cara Tukar Duit Raya Di Mesin ATM, Tak Sampai 10 Minit Dah Dapat Duit Baru!
Sumber: Harian Metro
