Euforia Bola 2026
Nur

Ustaz Kongsi 4 Kunci Utama Untuk Kekal Istiqamah Baca al-Quran, Rasa Tak ‘Best’ Jika Sehari Tak Baca

istiqamah baca al-quran

Ramai yang mahu istiqamah baca al-Quran, tetapi sering kali gagal kekalkan konsistensi. Menurut perkongsian Ustaz Muzuza, ada 4 kunci penting yang boleh membantu kita menjadikan membaca al-Quran sebagai rutin harian yang kekal dan bermakna.

Baca juga: Ramai ‘First Time’ Dengar Puasa Nabi Daud, Rupanya Sunat Dibuat Setiap Selang Sehari & Disukai Allah

4 KUNCI UTAMA UNTUK ISTIQAMAH BACA AL-QURAN

istiqamah baca al-quran

Gambar hiasan: El-Kur’an

Sebelum masuk kepada huraian setiap empat kunci penting iaitu rutin, mindset, persekitaran dan rasa kagum, adalah penting untuk difahami bahawa istiqamah baca al-Quran memerlukan niat yang jelas dan kesungguhan diri sendiri.

Tanpa komitmen untuk menjadikan al-Quran sebahagian dari kehidupan, sukar untuk mengekalkan bacaan secara konsisten walaupun dengan strategi terbaik. Oleh itu, jadikan langkah-langkah berikut sebagai panduan praktikal yang boleh diikuti sehari-hari.

Berikut adalah penerangan setiap kunci dan cara amalkannya:

1. Rutin

Langkah pertama ialah menetapkan waktu khusus untuk membaca al-Quran setiap hari. Waktu yang dicadangkan adalah selepas solat fardhu:

  • Selepas solat, cuba baca sekurang-kurangnya satu muka surat
  • Jika tidak mampu, pilih waktu lain seperti sebelum tidur, awal pagi, atau selepas Maghrib

Jika masih tiada masa untuk membaca dalam sehari, mungkin jadual harian perlu disusun semula agar ruang untuk al-Quran wujud setiap hari.

2. Pemikiran (mindset)

Kunci kedua ialah membina mindset positif terhadap al-Quran. Fahami kelebihan membaca al-Quran setiap hari agar ia bukan sekadar aktiviti tambahan, tetapi menjadi keperluan hidup:

  • Apabila mindset ini terbentuk, anda akan terasa tidak selesa atau ralat jika tidak membaca
  • Bacaan al-Quran menjadi sebahagian daripada kehidupan, bukan sekadar rutin kosong

Baca juga: Ingatkan Tak Boleh Doa, Rupanya Ada Ucapan Sunnah Kepada Orang Bukan Islam Yang Bersin Depan Kita

3. Persekitaran

Kekuatan persekitaran memainkan peranan penting untuk istiqamah:

  • Cari insan yang dekat dengan al-Quran, seperti mereka yang suka membaca dan berkongsi ilmu al-Quran
  • Kurangkan pergaulan dengan mereka yang jarang membaca al-Quran, bukan memutuskan hubungan terus, tetapi beri fokus kepada pengaruh positif

Dengan persekitaran yang menyokong, kita lebih mudah menjadikan al-Quran sebahagian dari hidup harian.

4. Rasa kagum

Kunci terakhir ialah rasa kagum terhadap al-Quran. Fahami maksud dan kehebatan kandungan al-Quran:

  • Membaca dan menghayati makna al-Quran akan menimbulkan rasa rapat dan terikat dengan kitab suci
  • Apabila rasa kagum ini hadir, anda akan terasa ralat jika tidak membaca al-Quran

Rasa kagum inilah yang mengekalkan istiqamah dalam jangka masa panjang.

Dengan mengamalkan empat kunci ini iaitu rutin, mindset, persekitaran dan rasa kagum, Insha-Allah membaca al-Quran bukan lagi aktiviti yang terputus-putus tetapi menjadi sebahagian dari kehidupan seharian kita.

Moga perkongsian ini membantu dan semoga kita semua istiqamah baca al-Quran.

istiqamah baca al-quran

Infografik: Amirul Fahim Amir

Baca juga: Tular Usahawan Beli Kain Kafan Mahal, Pakar Fiqh Ulas Ada 3 Hukum Bergantung Kepada Situasi INI

Sumber: Threads @Muzuzxck

FT Image: Online Qurann

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×