Biasanya, kulit telur akan dibuang kerana ramai beranggapan bahawa ia tidak mempunyai apa-apa fungsi kepada kehidupan. Sebenarnya, tanggapan itu salah kerana anda boleh menggunakannya sebagai serbuk pencuci menghilangkan kerak di kuali.
Lebih menarik lagi, serbuk DIY kulit telur ini juga boleh menghilangkan kotoran pada ketuhar, dapur memasak, periuk dan lain-lain. Rugi tak cuba!
Baca juga: Nenek Ajar Cara Kilatkan Sudu Guna 2 Bahan, Berkilat Macam Baru Beli!
KULIT TELUR BOLEH HILANGKAN KERAK DI KUALI, INI CARANYA

Serbuk pencuci DIY yang sangat berkesan. Campuran kulit telur soda penaik dan serbuk pencuci berfungsi untuk membersihkan segala kotoran di dapur.
Bahan-bahan diperlukan:
- Kulit telur
- Baking soda
- Serbuk pencuci
Cara penyediaan:
1. Rebus kulit telur beberapa minit.
2. Kemudian, tapis dan buang air rebusan tersebut.
3. Bakar di dalam oven agar kulit telur rapuh dan mudah untuk dihancurkan.
4. Setelah bakar, masukkan kulit telur, 2 sudu baking soda dan satu sudu serbuk pencuci ke dalam mesin pengisar.
5. Kisar sehingga halus dan sedia untuk digunakan di kawasan kotor.
Anda hanya perlu tabur dan gosok dengan sedikit air sehingga mengeluarkan buih.
Fungsi bahan-bahan
– Kulit telur berfungsi sebagai ejen penggosok semula jadi.
– Baking soda mampu menghilangkan kotoran yang sukar dan meneutralkan bau.
– Serbuk pencuci membantu menghilangkan gris dan kotoran dengan mudah.
Mudah sahaja kan serbuk DIY kulit telur ini? Selamat mencuba dan semoga memberi manfaat buat semua pembaca!
Baca juga: Cara Hilangkan Bau Kasut Dengan Cepat, Paling Mudah Sebab Tak Perlu Cuci
Sumber: Instagram Home With Lese
