Kulit gatal boleh berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk alahan dan diabetes. Memahami perbezaan antara alergi dan kulit gatal berkaitan diabetes adalah penting untuk memastikan rawatan yang tepat dan berkesan.
Perbezaan ini bukan sahaja boleh dilihat dari segi lokasi gatal, malah turut melibatkan keadaan permukaan kulit dan tindak balas terhadap rawatan.
Baca juga: Seramai 13,779 Calon Raih Semua A Dalam SPM 2025, Gred Purata Kebangsaan Catat Peningkatan!
BEZA KULIT GATAL AKIBAT DIABETES VS ALERGI

Freepik
Walaupun kedua-duanya buat kulit rasa tidak selesa, puncanya berbeza dan cara rawatannya pun berlainan.
Berikut 3 cara mudah untuk membezakan:
1. Perhatikan lokasi gatal
Alergi biasa: Biasanya gatal merata di seluruh badan atau fokus di tempat yang bersentuh dengan punca alahan, contohnya sabun baru, habuk, atau ulat bulu.
Gatal diabetes: Lebih spesifik menyerang bahagian bawah badan, terutamanya betis, pergelangan kaki dan tapak kaki. Ini berlaku kerana darah yang pekat sukar mengalir ke bahagian bawah, menyebabkan saraf di kawasan itu rosak dan memberi signal gatal palsu.
2. Perhatikan rupa permukaan kulit
Alergi biasa: Kulit biasanya menunjukkan bintik merah, ruam, bengkak berair, atau gegata (hives) yang muncul secara tiba-tiba.
Gatal diabetes: Kulit kelihatan normal, tiada ruam tetapi kering, tegang, bersisik halus dan gatal datang dari “dalam” daging. Ini berlaku kerana lebihan gula menarik keluar kelembapan dari sel kulit, menyebabkan kulit kering dan miang.

Freepik
3. Tindak salas ketika sapu ubat
Alergi biasa: Sapuan krim gatal atau pengambilan ubat antihistamine biasanya akan melegakan gatal dalam beberapa jam.
Gatal diabetes: Sapulah krim sebotol pun, gatal tetap tak hilang, Malah, semakin terasa pedih dan mencucuk-cucuk pada waktu malam sehingga mengganggu tidur. Ini kerana punca gatal berasal dari dalam darah, bukannya dari luar kulit.
Pesakit kencing manis mudah luka, jadi walau gatal mana pun, elakkan garu sampai kulit melecet. Luka kecil boleh cepat dijangkiti bakteria dan menjadi luka bernanah atau ulser.Jika berlaku, segera ke klinik dan buat ujian cucuk jari untuk pantau gula darah.
Baca juga: Lukisan Remaja 13 Tahun Ini Buat Ramai Meremang, Dakwa Pernah Nampak Semua ‘Entiti’ Misteri Itu
Sumber: TikTok Dwa.Review
