Euforia Bola 2026
Asuh

“Ingat Dah Cuci Bersih”- Video Kulat Hitam Berkumpul Dalam Botol Air Anak Tular, Ibu Bapa Wajib Peka!

kulat hitam

Botol air merupakan barang yang anak-anak pegang hampir setiap masa sama ada ke sekolah, bermain, tidur atau ketika menonton TV sekalipun. Dari luar nampak elok dan bersih, tetapi siapa sangka, ada ‘musuh senyap’ seperti kulat hitam yang boleh bersarang!

Nampaknya, mak ayah kena perhatikan sekali lagi botol air semasa proses mencuci.

Baca juga: DIY Pewangi Tandas Ala Hotel Guna 4 Bahan Dapur, Ucapkan ‘Bye-Bye’ Pada Bau Hancing!

DISANGKA SUDAH BERSIH, RUPANYA PENUH KULAT HITAM DALAM BOTOL AIR ANAK-ANAK!

kulat hitam

Foto: X @HustleBitch

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian seorang bapa yang menemui kulat hitam tersembunyi dalam celahan penutup botol air anaknya, walaupun botol itu dibasuh setiap hari seperti biasa. Kejadian ini membuatkan ramai ibu bapa tersentak bahawa rupa-rupanya, kebersihan botol air anak bukan sesuatu yang boleh dibuat sambil lewa.

Dalam video yang dimuat naik di akaun X (Twitter) @HustleBitch, kelihatan penutup botol yang direbus dengan air panas mengeluarkan ketulan kulat hitam dari bahagian getah yang longgar dan tersembunyi. Bahagian ini tidak nampak dari luar, dan memang mustahil untuk dicuci jika botol tidak boleh dibuka sepenuhnya.

Situasi ini membuka mata ramai ibu bapa tentang beberapa perkara penting:

  • Botol air anak mungkin menyimpan kulat walaupun dibasuh setiap hari
  • Sesetengah reka bentuk botol memang tidak mesra pembersihan
  • Ramai tak sedar anak minum air dari botol yang tercemar

Bahagian seperti ring getah, muncung straw, serta penutup berlapis memang terkenal menjadi ‘perangkap’ lembapan, menjadikannya tempat paling ideal untuk kulat hitam membiak senyap-senyap.

Kenapa Bahaya Sangat?

kulat hitam

Foto: freepik

Kulat hitam bukan sekadar kotoran biasa. Hal ini kerana apabila anak kerap terdedah, ia boleh mengganggu kesihatan, terutamanya sebab sistem imun mereka masih dalam fasa membesar. Antara risiko yang boleh berlaku:

  • Batuk atau selesema tak sembuh-sembuh
  • Asma atau alahan makin teruk
  • Iritasi kulit, bibir atau dalam mulut
  • Sakit perut atau muntah jika terminum air tercemar

Tanpa disedari, masalah kesihatan yang disangka berpunca dari cuaca atau sekolah sebenarnya mungkin datang dari botol air sendiri. Jadi, jangan hanya tengok luaran sahaja ya, pastikan bahagian dalam pun dicuci habis-habisan!

Baca juga: Teknik Lipat Tudung Bawal ‘Anti-Badai’, Nak Simpan Pun Kemas..Nak Campak Pun Tak Terburai!

Sumber: X @HustleBitch

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×