Euforia Bola 2026
Didik

KPM Kaji Kemungkinan Pelajar Dibenarkan Ambil 2 Subjek Sahaja Untuk SPM, Fokus BM & Sejarah

SUBJEK BAHASA MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti cadangan untuk melakukan pelarasan terhadap syarat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), termasuk kemungkinan membenarkan pelajar sekolah menengah menduduki peperiksaan subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah sebagai mata pelajaran tunggal.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh memaklumkan, kajian tersebut dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menegaskan kewajipan semua sekolah mempelajari subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah di peringkat SPM.

Baca juga: Kerajaan Umum Pendidikan Percuma Untuk Pelajar OKU Di IPTA, Politeknik & Kolej Komuniti

KPM KAJI BENARKAN PELAJAR AMBIL SUBJEK BAHASA MALAYSIA & SEJARAH

SUBJEK BAHASA MALAYSIA

Menurut beliau, berdasarkan peraturan sedia ada, calon SPM diwajibkan mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran bagi melayakkan diri menduduki peperiksaan tersebut, tanpa mengira latar belakang sekolah sama ada sekolah kerajaan, sekolah swasta mahupun calon persendirian.

Tambahnya, syarat semasa juga menetapkan bahawa kelulusan dalam subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah merupakan keperluan utama untuk memperoleh sijil SPM.

“Sehubungan dengan pengumuman Perdana Menteri, KPM akan mengambil langkah lanjut untuk meneliti kebarangkalian membenarkan calon menduduki peperiksaan hanya bagi dua mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Malaysia dan Sejarah, tanpa keperluan mendaftar enam mata pelajaran wajib,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan cadangan tersebut sebagai satu reformasi institusi yang signifikan, memandangkan isu berkenaan telah lama dibincangkan oleh pelbagai pihak dalam masyarakat.

Dalam pada itu, ketika pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa semua pelajar, termasuk dari sekolah persendirian, sekolah agama dan sekolah antarabangsa, diwajibkan mengikuti pembelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah SPM berdasarkan kurikulum kebangsaan.

Langkah tersebut diharapkan dapat merungkai polemik berpanjangan berkaitan pelajar sekolah persendirian Cina yang sebelum ini menduduki peperiksaan Unified Examination Certificate (UEC) selain SPM.

Baca juga: Baru 4 Jam Hantar Anak Di ‘Playschool’, Ibu Kecewa Bila Pulang Muka Berbekas Merah & Jari Terkoyak!

Sumber: MalaysiaKini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×