Euforia Bola 2026
Rakyat

Perbelanjaan Rakyat Malaysia Meningkat Pada 2024, Tak Sangka Cecah RM5,566 Sebulan…

kos sara hidup

Kos sara hidup rakyat Malaysia terus menunjukkan peningkatan apabila purata perbelanjaan bulanan isi rumah meningkat daripada RM5,150 pada tahun 2022 kepada RM5,566 menjelang tahun 2024. Peningkatan ini mencerminkan perubahan gaya hidup serta tekanan ekonomi semasa yang semakin mencabar.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pertambahan sebanyak 67.2 peratus dalam struktur dan pola perbelanjaan isi rumah banyak dipengaruhi oleh empat kategori utama iaitu perumahan, utiliti seperti air dan elektrik, serta bahan api.

Baca juga: Nurse ‘Mental’ Kena Jaga Pesakit Berat Badan 140KG, “Nak Pusing Tukarkan Lampin Pun Susah…”

KOS SARA HIDUP NAIK, RAKYAT MALAYSIA BELANJA CECAH RM5566 SEBULAN

KOS SARA HIDUP

Selain itu, perbelanjaan turut tertumpu kepada kategori lain termasuk perbelanjaan am (23.5 peratus), restoran dan perkhidmatan penginapan (17 peratus), makanan dan minuman (15.7 peratus), serta pengangkutan (11 peratus).

Berdasarkan data tersebut, perbelanjaan untuk makan di luar dan penginapan mencatat peningkatan sebanyak 0.9 mata peratus berbanding dua tahun lalu, menunjukkan rakyat Malaysia semakin cenderung berbelanja dalam sektor ini.

Sebaliknya, perbelanjaan terhadap makanan dan minuman asas menunjukkan sedikit penurunan, iaitu daripada 16.3 peratus pada tahun 2022 kepada 15.7 peratus pada 2024.

Dalam laporan yang sama, Putrajaya direkodkan sebagai kawasan dengan purata perbelanjaan bulanan isi rumah tertinggi, iaitu RM9,186.

Selain itu, lima negeri lain turut merekodkan perbelanjaan melebihi purata nasional. Antaranya Kuala Lumpur (RM8,178), Selangor (RM7,266), Melaka (RM6,212), Johor (RM5,927), dan Pulau Pinang (RM5,850).

KOS SARA HIDUP

Kredit: Freepik

Bukan itu sahaja, lapan negeri dikenal pasti mengalami kenaikan tahunan perbelanjaan isi rumah yang melepasi kadar purata nasional.

Negeri-negeri tersebut termasuk Johor yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi pada kadar 5.2 peratus, diikuti Pulau Pinang (4.7 peratus), Negeri Sembilan dan Sarawak masing-masing 4.5 peratus, Kelantan (4.4 peratus), Melaka serta Terengganu (4.2 peratus), dan Perak (4 peratus).

Peningkatan kos hidup ini secara tidak langsung memberi gambaran jelas bahawa tekanan ekonomi semakin dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Ia juga menyerlahkan keperluan untuk pengurusan kewangan yang lebih bijak serta dasar ekonomi yang mampu menangani cabaran kos sara hidup rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Baca juga: Influenza A Digelar ‘Demam Mahal’, Ibu Luah Bila Anak Kena Jangkit…Dompet Pun Sakit!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×