Euforia Bola 2026
Famili

Kos Perkahwinan Idaman Di Malaysia Cecah Sehingga RM200K, Tertinggi Di Asia Tenggara!

kos perkahwinan

Kos perkahwinan di Malaysia dilaporkan semakin mahal dan itu merupakan antara cabaran kewangan terbesar kepada pasangan muda sekarang.

Menurut Profesor Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad, kos perbelanjaan perkahwinan di Malaysia antara yang tertinggi ASEAN.

Baca juga: 7 Percutian Bajet Luar Negara Yang Sesuai Bawa Anak, Poket Ibu Ayah Pun ‘Tak Koyak’!

KOS PERKAHWINAN DI MALAYSIA TERTINGGI DI ASIA TENGGARA

kos perkahwinan

Menurutnya, perkara ini berlaku disebabkan kenaikan harga tempat majli, katering dan tekanan daripada norma masyarakat telah menyebabkan bajet perkahwinan melonjak antara RM50,000 hingga RM200,000.

“Sebagai perbandingan, perkahwinan di Kemboja dan Filipina jauh lebih mampu milik, dengan purata sekitar AS$15,000 (RM71,000) dan AS$4,800 (RM22,800) sahaja,” jelasnya.

Kajian juga menunjukkan pasangan kaum Cina lebih cenderung memperuntukkan banyak dana untuk lokasi mewah dan katering yang eksklusif.

Pasangan Melayu dan India pula sering mengutamakan hiasan majlis dan kuantiti majlis untuk mendapatkan kepuasan.

Tanpa mengira perbezaan budaya, kenaikan kos perkahwinan memberi kesan kepada semua komuniti sehingga menyebabkan ramai pasangan terpaksa berhutang demi merealisasikan majlis impian mereka.

“Ada yang mengambil pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit dan berhutang antara RM30,000 hingga RM100,000. Yang membimbangkan, Jabatan Insolvensi Malaysia telah mengaitkan beban kewangan berkaitan perkahwinan dengan peningkatan kes muflis dalam kalangan anak muda Malaysia,” ujarnya.

Nik Maheran turut menjelaskan antara faktor ramai anak muda di Malaysia menangguhkan hasrat untuk berkahwin kerana masalah kewangan.

Dikatakan, kadar peratusan perkahwinan di Malaysia mungkin akan terus merosot kerana kos sara hidup dan harga hartanah yang terus meningkat.

Jadi, orang muda di luar sana dinasihatkan agar merancang kewangan dengan bijak mengikut kemampuan. Jangan terlalu mengikut trend sehingga sanggup berhutang.

“Cukup dengan majlis kecil dan mungkin rancang majlis ulang tahun ke-10 atau ke-25 yang lebih besar apabila kewangan anda sudah stabil. Ingat, perkahwinan hanya sehari, tetapi kestabilan kewangan untuk seumur hidup,” nasihatnya.

Baca juga: Demi Capai Impian Bergelar Doktor, Wanita 36 Tahun Ini Sanggup Duduki SPM Semula!

Sumber: The Sun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×