Hari Ibu sering menjadi momen penuh emosi bagi mereka yang masih mempunyai ibu di sisi. Namun bagi yang telah kehilangan insan tersayang, tarikh ini hadir dengan rasa rindu yang sukar digambarkan dan memerlukan doa untuk arwah ibu mereka.
Dalam kesedihan itu, salah satu cara paling bermakna untuk terus mengingati ibu adalah dengan mengamalkan doa untuk arwah ibu sebagai tanda kasih sayang yang tidak pernah terputus walaupun jasad telah berpisah.
Baca juga: Islam Tak Halang Berhibur, Ini 10 Alternatif Hiburan Diredai Allah & Hati Pun Tenang Tak Kosong!
HARI IBU: KOLEKSI DOA UNTUK ARWAH IBU

Hal ini kerana, kita amat dituntut untuk sentiasa berdoa kepada kedua ibu bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.
Doa seorang anak kepada kedua ibu bapanya merupakan di antara amalan yang tidak akan putus walaupun kedua mereka telah meninggal dunia. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” [Riwayat Muslim (1631)]
Berikut merupakan beberapa doa yang boleh diamalkan anak-anak sebagai amalan harian atau khusus sempena Hari Ibu.
1. Doa dalam sebutan rumi
“Ya Allah, ampunilah segala dosa ibuku, dosa yang dia tahu dan yang tidak dia sedari. Kau rahmatilah dia sebagaimana dia pernah menjaga aku dengan penuh kasih sayang sejak kecil.
“Ya Allah, panjangkan umurnya dalam kebaikan, kurniakan kesihatan yang baik, lapangkan hatinya, tenangkan jiwanya. Jadikanlah aku anak yang mampu membahagiakan dan membalas sedikit pengorbanannya.
“Jika ibuku telah tiada, Ya Allah, jadikanlah kuburnya taman daripada taman syurga, lapangkan kuburnya, teranginya dengan cahaya-Mu. Kumpulkanlah kami kembali di syurga-Mu tanpa hisab. Amin Ya Rabb.”
2. Surah Ibrahim (Ayat 41)
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”
3. Surah Nuh (Ayat 28)
رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku.”

Gambar hiasan: Gemini AI
4. Surah Al-Isra’ (Ayat 24)
وَٱخفِض لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرحَمهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًاوَٱخفِض لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرحَمهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا
Maksudnya: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
5. Lafaz tambahan
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا
Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”
Walaupun Hari Ibu disambut dengan pelbagai cara, bagi yang telah kehilangan ibu, doa adalah hadiah paling bermakna yang masih boleh diberikan.
Semoga setiap doa untuk arwah ibu ini menjadi asbab ketenangan buat mereka yang merindui, dan menjadi penerang di alam sana buat insan yang telah pergi.
Baca juga: Isteri Sengsara Dipukul Suami Durjana Hingga Keguguran, Berhak Dapat Pampasan ‘Ghurrah’ Dalam Islam!
Sumber: Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (1), (2), (3)/ Ustaz Wadi Anuar
FT Image: Gemini AI
