Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengenakan tindakan terhadap satu jenama produk kosmetik popular dari China yang disyaki telah melanggar undang-undang dalam kempen pemasarannya.
Tindakan tersebut diambil selepas syarikat itu mendakwa bahawa produk komestik mereka boleh dimakan dan sudah tentunya perkara tidak masuk akal.
Baca juga: Maahad Tahfiz Negeri Pahang Sekolah Top 1 SPM 2023, Guna Aplikasi Pandai Memang Membantu!
KKM HENTIKAN JUALAN PRODUK KOMESTIK DARI CHINA

Kementerian menjelaskan bahawa proses untuk mengeluarkan produk syarikat terbabit dari pasaran Malaysia sudah dimulakan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, memberitahu New Straits Times (NST) bahawa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah mengeluarkan notis kepada syarikat itu untuk membuat penjelasan.
Tambahnya lagi, ‘lesen penjualan’ syarikat berkenaan mungkin akan dibatalkan kerana menyiarkan iklan di mana cecair kulit menggelupas berwarna merah darah yang sarat asid, digunakan untuk muka dan boleh dimakan.
Notis kepada syarikat itu dikeluarkan pada 31 Januari lalu. NPRA akan membatalkan notifikasi produk terbabit jika tiada maklum balas diterima daripada syarikat itu dalam tempoh 14 hari.
Iklan berdurasi 26 saat itu memaparkan seorang rakyat tempatan ‘memasukkan’ cecair merah itu yang merupakan produk komestik berkenaan ke dalam mulutnya.
Dalam video berkenaan, terdengar suara latar bertanya mengapa individu itu berbuat demikian. Dia menjawab.. ‘Jadi apa?’
Baca juga: Dividen KWSP 2024 Dijangka Paling Tinggi Tahun Ini, Lebih 5.8% Untuk Simpanan Konvensional
Sumber: BH Online
