Usahawan dan pempengaruh terkenal iaitu pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid atau dikenali sebagai Madammu berkongsikan sebuah video di laman Tiktok bagi menjawab persoalan mengenai tahap kesihatan anaknya.
Oleh kerana, ramai dalam kalangan netizen sering menyuarakan persoalan bahawa anaknya mengalami masalah ‘speech delay’, dia menegaskan bahawa anak lelakinya itu sudah pun melakukan pemeriksaan dengan doktor bertauliah.
“Jangan Mudah Menghakimi Anak Saya”- Madammu

Foto tangkap layar Kayden.
Menurut Madammu, sejak kebelakangan ini, terlalu banyak komen yang dilemparkan terhadap anak lelakinya, Ahmad Kayden. Ada yang mendakwa dia mengalami masalah lewat pertuturan (Speech delay), ada yang menyebut simptom autisme, bahkan ada yang mengatakan dia seorang ibu yang “in denial”.
“Macam macam ualls komen tentang anak i ya! I tak boleh kena tegur la, anak speech delay la, ada simptom autism la, i in denial la , setagih TV la,” katanya.
“Ahmad Kayden baru setahun lebih takkan dia nak bercakap macam budak umur 5 tahun.. Ahmad Kayden ada jadual, dia ada time ke sekolah, ada time dia makan, ada time dia tengok TV, ada time dia swimming, ada time dia main , ada time dia jalan-jalan depan rumah, ada time dia pusing-pusing naik motor dengan papa dia, ada time dia main dengan adik beradik dia,” tambahnya lagi.
Madammu turut memberitahu bahawa pada setiap dua bulan, Kayden akan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan berkala. Menurut doktor yang memantau Kayden sejak awal, perkembangannya adalah baik dan berada dalam landasan yang betul.
DOKTOR CAKAP ‘GOOD PROGRESS’
Kayden mempunyai hubungan mata yang baik, mengenali warna dan huruf, tahu bunyi fonik, serta mampu menyebut lebih daripada 70 perkataan setakat ini. Bila inginkan sesuatu, dia tahu untuk menunjuk dan menyebut “nak” dan ia juga boleh menunjukkan emosi, makan sendiri, malah kini sudah mampu tidur sendiri.
“Pertama kali dia menyebut “Mama” ialah ketika usianya baru 4 bulan lebih. I rasa its normal for him yang umur baru setahun lebih. Jangan mudah mudah judge anak orang sebab perkara ini sangat sensitif untuk seorang ibu. Jika Kayden ada simptom seperti ualls mention, I lah orang pertama yang akan bawa pergi jumpa pakar! Of course ibu mana yang tak nak terbaik untuk anak dia. Tapi sekarang Dr kata Kayden sihat, Good on progress! So nak bawa jumpa pakar buat treatment apa?” tulis Madammu dalam kapsyen.
Madammu sebagai seorang ibu memohon kepada orang di luar sana, berhenti menilai dan menghakimi hanya melalui klip pendek atau tanggapan semata-mata. Ini adalah soal anak kecil yang sedang membesar dan kata-kata anda walaupun mungkin tidak bermaksud jahat, boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada seorang ibu.
Video ini diambil ketika Kayden berusia 1 tahun 4 bulan.
@madammuofficialMacam macam ualls komen tentang anak i ya! I tak boleh kena tegur la, anak speech delay la, ada simptom autism la, i in denial la , setagih TV la. Ahmad Kayden baru setahun lebih tak kan dia nak bercakap macam budak umur 5 tahun.. ahmad kayden ada jadual, Dia ada time ke sekolah, ada time dia makan, ada time dia tengok TV, ada time dia swimming, ada time dia main , ada time dia jalan jalan depan rumah, ada time dia pusing pusing naik motor dengan papa dia, ada time dia main dengan adik beradik dia. Bukan 24 Jam dia dalam Live dengan Madammu. Jangan tengok video pendek 5 minit yang dia potong oleh usahawan ushawan NOIR u all jugde dia macam macam. Dia masih dalam perkembangan tak laju tak slow ( ini Dr Kayden yang cakap ) setiap 2 bulan kayden akan jumpa Dr dia untuk cucuk dan sebagainya. Alhamdulilah perkembangan dia baik on track! Eye contact ada, kenal warna , kenal huruf, boleh buat phonic ada more Than 70 words ( setakat hari ini ) nak minta barang dia just cakap ( nak & tunjuk ) dia pandai show the emotion, pandai makan sendiri , sekarang dah pandai tidur Sendiri …First word mama ketika umur dia 4 bulan lebih. I rasa its normal for him yang umur baru setahun lebih. Jangan mudah mudah judge anak orang sebab perkara ini sangat sensitive untuk seorang ibu. Jika Kayden ada simptom2 seperti ualls mention! I lah orang pertama yang akan bawa pergi jumpa pakar! Ofcourse ibu mana yang tak nak terbaik untuk anak dia. Tapi sekarang Dr kata Kayden sihat, Good on progress! So nak bawa jumpa pakar buat Treatment apa? Video ini di ambil ketika Kayden berusia 1 tahun 4 bulan.
Baca juga: Cucu Hidap Kanser Tahap 4, Datuk Dengan Rasa Sayu Mohon Sumbangan Untuk Tampung Rawatan
Sumber: Tiktok @madammu
