Euforia Bola 2026
Cantik

Wanita 30-an Pakai 80 Susuk Dari Sekolah Sebab Dibuli, Tapi Pakar Dedah Sebenarnya Tak Ada Kesan Cantik!

orang pakai susuk

Dalam dunia mistik, ramai yang masih tertanya-tanya tentang pengalaman dan risiko orang pakai susuk, walaupun tiada bukti saintifik bahawa ia memberi kesan biologi atau kecantikan.

Beberapa kes yang dilaporkan di media tempatan mendedahkan pengalaman luar biasa individu yang memakai susuk sejak remaja sehingga dewasa, termasuk gangguan mistik dan masalah kesihatan serius.

Baca juga: Tak Sangka, 10 Perkara Seharian Seperti Mengumpat Buka Ruang Jin ‘Datang Dekat’ Dengan Kita!

KISAH ORANG PAKAI SUSUK & KESAN DARI SEGI SAINTIFIK

orang pakai susuk

Gambar Harian Metro: FARIDZUAN mengeluarkan susuk yang tertanam pada wajah seorang warga emas.

Tubuh tertanam 80 susuk sejak usia remaja

Seorang wanita berusia 30-an didapati mempunyai 80 jarum susuk tertanam sejak usia belasan tahun.

Pakar perawat susuk, Faridzuan Jamaludin, berkata sebanyak 60 susuk tertanam di muka dan 20 lagi di badan. Ini merupakan pengalaman pertama beliau merawat individu dengan jumlah susuk sebanyak itu sepanjang 15 tahun menjadi perawat.

Wanita terbabit menceritakan kepada Faridzuan, “Saya dipakaikan susuk oleh ibu tiri saya dari negara jiran, yang juga seorang bomoh, kerana saya sering dibuli di sekolah.” Selepas itu, masalah buli berhenti, tetapi wanita itu tidak mengetahui jumlah sebenar susuk yang dipakainya.

Dia menghubungi Faridzuan selepas melihat video rawatan susuk tular di TikTok dan memohon bantuan untuk mengeluarkannya kerana mengalami gangguan mistik dipercayai berpunca daripada khadam susuk, selain masalah kesihatan seperti jantung dan saraf.

Faridzuan menjelaskan,

“Saya berikan wanita ini amalan ayat al-Quran dan beberapa produk untuk mengelakkan gangguan. Beberapa jarum susuk keluar secara tiba-tiba daripada kulitnya, tetapi masih ada yang belum berjaya dikeluarkan. Proses rawatan mengambil sedikit masa untuk memastikan semua susuk dikeluarkan sepenuhnya.”

Baca juga: Cara Bersihkan Air Mani & Mazi Pada Cadar Atau Kain, Nak Solat Nanti Tak Ada Rasa Waswas!

Tubuh ‘dihalang’ meninggal dunia

Seorang wanita warga emas berusia 100 tahun pula mengalami akibat memakai susuk sejak remaja. Tubuhnya berbau busuk, bahagian perut hingga kaki mengeluarkan air bisa yang melecurkan kulit.

Faridzuan berkata, rahsia ini terbongkar di penghujung usia kerana tubuh seolah-olah ‘terhalang’ untuk meninggal dunia.

Wanita itu mengaku memakai susuk emas di muka dan kemaluan serta susuk minyak di kening untuk mengikat kasih suaminya. Faridzuan menjelaskan,

“Warga emas ini berasa seronok memiliki susuk, tetapi akhirnya tindakannya memakan diri. Selain diganggu banyak lembaga menyerupai wanita, dia sudah tujuh bulan tidak boleh berjalan kerana terjatuh.

“Saya hanya mampu keluarkan susuk di wajah; susuk di bahagian sulit perlu dirawat oleh perawat wanita.”

Proses rawatan dilakukan dengan kaedah tradisional, termasuk pemindahan jin dalam jarum susuk dan bacaan Yasin. Selepas susuk dikeluarkan, muka nenek yang sebelum ini tegang dan berseri menjadi kendur serta kemaluannya yang mengeluarkan air bisa berbau busuk beransur pulih.

Faridzuan menegaskan, “Susuk adalah ‘implan ghaib’ yang boleh bergerak dalam saluran darah. Kuasa antara manusia dan jin hanya boleh diputuskan dengan izin Allah SWT. Kecantikan dicari melalui jalan khurafat tidak berkat, sebaliknya mengundang derita hingga ke hujung nyawa.”

Dari perspektif saintifik kesan penggunaan susuk

orang pakai susuk

Gambar Harian Metro.

Menurut pakar dermatologi Dr Waheeda Diana Abdul Kadir dari An-Nur Specialist Hospital, tiada kajian saintifik yang membuktikan susuk memberi kesan biologi seperti peningkatan kecantikan, aura atau pesona.

Susuk bertindak sebagai benda asing (foreign body) di bawah kulit dan boleh menyebabkan keradangan kronik, granuloma, benjolan, alahan, risiko infeksi dan kerosakan saraf atau otot jika dibiarkan.

Beliau menegaskan bahawa pemakaian susuk bukan sahaja berisiko kesihatan, tetapi juga amalan syirik dalam Islam.

Rawatan moden seperti skin booster, suntikan asid hialuronik dan laser pigmentasi kini terbukti selamat dan berkesan untuk memperbaiki tekstur dan keserian kulit secara semula jadi.

Baca juga: Amalan Kenakan Bayaran Solat Jenazah Di Kedah Dikecam Ramai, Waris Sampai Terpaksa Pinjam Duit!

Sumber: Harian Metro (1), (2)

FT Image: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×