Euforia Bola 2026
Asuh

Tak Dapat No.1 Anak Gant*** Diri Pakai Kain Telekung, Ibu Ini Dedah Cerita Untuk Jadi Pengajaran!

menyayat hati

“Akak nak sangat kamu cerita dekat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,” ujar seorang ibu yang kehilangan anak perempuannya dalam keadaan tragis dan menyayat hati, ketika itu anak remajanya baru menginjak usia 15 tahun.

Itulah antara kalimah awal yang diungkapkan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya saat bertemu pencerita, Khairul Hakimin Muhammad, untuk dikongsikan kisahnya sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Baca juga: Budak Usia 3 Tahun Guna Teknik ‘Gentle Parenting’ Didik Adiknya, Ramai Ibu Bapa Malaysia Kagum!

MENYAYAT HATI KELUARGA HILANG ANAK PEREMPUAN TERCINTA

menyayat hati

Gambar hiasan: The Star

Permulaan kisah pasangan suami isteri terpelajar dan anak-anak yang cerdik 

Wanita tersebut seorang  yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya, satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan dia bersama suami amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran.

Suaminya seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun.

Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Ia hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur, yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.

Namun, suaminya bukan mesra anak dan 15 tahun anak tak berhenti cuba mendekati ayahnya

Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak.

Paling penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup.

Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti.

Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan dia hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, namun si ayah berkata, “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga, pergi belajar!”

Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya lantas si ayah berkata, “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon kah?”

Baca juga: Tiap Hari Amalkan Ayat INI Dalam Surah Yasin Untuk Anak Pandai, Petua Bermanfaat!

Anak gantung diri menggunakan kain telekung kerana dapat nombor 2 dalam ujian

Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam peperiksaan percubaan walaupun keputusan yang diperolehi semuanya A.

Arwah tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri.

Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelam kabut. Masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan.

Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

Malam sebelum hari kejadian…

Kisahnya, pada malam sebelum arwah anak ke sekolah.

Dia bertanya kepada ayahnya, “jika pada satu hari, takdir Tuhan kata saya tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat pada saya?”

Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi.”

Pada hari pengebumian arwah, ada pergeseran mulut antara jiran-jiran

Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran.

Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi Muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua.

Maka, waktu itulah suaminya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.

Suaminya pula menghilangkan diri & mimpikan arwah anak diazab 

Selepas sahaja urusan pengebumian, suamiya menghilangkan diri dan pulang kembali selepas hampir dua bulan. Rupanya dalam tempoh suaminya hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan.

Katanya lagi, hampir berpuluh kali suaminya bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher.

Dan kemudian menggantungnya dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu.

Kini, suami sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri.

Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.

Pesanan yang ditinggalkan wanita tersebut 

“Dalam hidup ini jangan berlebih-lebihan. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada had. Apa sahaja yang dilakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih,” pesan wanita itu sebelum menutup ceritanya.

Baca juga: Adik-Adik Yang Nak Masuk Asrama, Hadam 5 Pesanan Penting Ini Elak Terjebak Perkara Tak Elok!

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

FT Image: The Star

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×