Euforia Bola 2026
Inspirasi

Ada Ijazah Antropologi, Tapi Pilih Jadi ‘Chef’ Di Dapur Untuk Suami, Kisah Wanita Ini Buka Mata Ramai

KISAH INSPIRASI SURI RUMAH

Seperti kebanyakan anak muda, kisah inspirasi suri rumah bernama Hassniza Binti Hassdee tidak lari daripada liku kehidupan dan perubahan haluan. Meskipun memiliki minat mendalam dalam dunia masakan sejak kecil, laluan hidup membawanya ke arah berbeza  namun tidak pernah memadamkan semangat dalam dirinya.

Hassniza melanjutkan pengajian dalam bidang Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Di situ bermulalah lembaran baru dalam hidupnya dengan pengalaman dan cabaran yang tidak pernah dijangka.

Baca juga: Ramai Gagal ‘Survive’ Bila Kerja Di Luar Negara, Sebelum Terkena Anda Kena Tahu 5 Tips Penting Ini

KISAH INSPIRASI SURI RUMAH INI BUAT RAMAI SEBAK, SEKARANG ‘CHEF’ UNTUK SUAMI

KISAH INSPIRASI

Tamat pengajian pada tahun 2020, Hassniza berdepan realiti dunia pekerjaan yang suram akibat pandemik COVID-19. Walaupun peluang kerja amat terhad ketika itu, beliau tidak membiarkan dirinya tenggelam dalam keputusan.

Sebaliknya, dia bangkit dengan pelbagai inisiatif dengan menyertai pasukan jualan Coway, menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual resume, menawarkan khidmat menaip secara dalam talian dan membantu mempromosikan perniagaan keluarga di Facebook.

Awal tahun 2021, Hassniza berjaya mendapat pekerjaan di sebuah kilang. Namun, hanya sebulan selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun sama, dia terpaksa melepaskan jawatan tersebut kerana faktor jarak tempat kerja yang terlalu jauh dari rumah suami.

“⁠Setiap pengalaman dan cabaran ini mengukuhkan keyakinan saya bahawa tidak ada jalan mudah dalam hidup, tetapi dengan tekad, kesabaran dan usaha tanpa henti, saya mampu melangkah ke hadapan dengan penuh harapan dan keyakinan untuk masa depan yang lebih cerah,” katanya ketika ditemu bual.

Namun, kehidupan berubah selepas bergelar isteri kerana jika dahulu wanita ini hanya berani menyediakan menu ringkas, kini dia lebih yakin untuk mencuba pelbagai jenis hidangan.

Dorongan suami dan resepi ibu, buat Hassniza lebih pandai masak

KISAH INSPIRASI SURI RUMAH

Dorongan suami, perkongsian resepi daripada ibu, dan keyakinan diri yang semakin kukuh menjadi pemangkin kepada kemahirannya di dapur.

Kini, Hassniza merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalani kehidupannya dengan penuh kesyukuran. Dalam masa yang sama, beliau aktif membina kemahiran digital menerusi media sosial, program affiliate Shopee dan penghasilan kandungan kreatif di TikTok.

Baginya, kerjaya bukan hanya terhad pada gaji dan jawatan, tetapi lebih kepada tanggungjawab, keberanian selain usaha menjadi versi terbaik diri sendiri, walau di mana pun berada.

KISAH INSPIRASI SURI RUMAH

Hassniza berpegang pada prinsip bahawa setiap perkara dalam hidup telah diatur Allah dengan masa yang paling tepat. Setiap kegagalan bukanlah penamat, sebaliknya satu langkah menuju sesuatu yang lebih baik. Cabaran mengajar erti kesabaran, ketabahan dan rasa syukur.

“Sebagai seorang isteri, anak, kakak, dan juga kawan, harapan saya untuk masa depan adalah agar saya dapat terus menjadi sumber kekuatan dan inspirasi kepada mereka yang saya sayangi. Saya mahu terus memperbaiki diri, bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri, tetapi juga untuk memberi sokongan dan kebahagiaan kepada keluarga saya,” jelasnya.

Amaran: Artikel ini merupakan temu ramah eksklusif Sirap Limau dengan pihak terbabit. Jadi, anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di laman website yang lain tanpa pemberian kredit yang tepat.

Baca juga: Gara-Gara Bos & PA Berskandal, Kerja Idaman Jadi Tempat Toksik Sampai Ramai Staf Lari!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×