Euforia Bola 2026
Famili

“Bukan Ilusi, Memang Nampak Arwah Depan Mata”- Individu Kongsi Detik Seram Akibat Fanatik Dengan Artis

fanatik artis

Minat terhadap selebriti bukan sesuatu yang asing, namun kisah fanatik artis ini menjadi peringatan kepada ramai apabila keterujaan melampau boleh membawa kepada pengalaman seram yang sukar dilupakan.

Perkongsian oleh seorang pengguna Threads, @ikmalgoku, ini tular selepas dia berkongsi pengalaman peribadi yang pernah dilaluinya akibat terlalu taksub dengan seorang artis yang kini telah meninggal dunia sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Baca juga: “Cincin Sama, Orang Yang Sama”- Suami Cipta Momen ‘Kahwin Semula’ Isteri Hilang Ingatan, Sentuh Hati Ramai

KISAH FANATIK ARTIS SEBAGAI PENGAJARAN

fanatik artis

Gambar hiasan: Gemini AI

Menurutnya, dia mengakui minatnya terhadap artis tersebut bukan sekadar biasa, tetapi sudah sampai tahap fanatik artis yang melampau.

“Bukan minat biasa, minat fanatik, gila-gila punya. Sampai tahap ada buku khas. Gambar-gambar dia aku potong dari akhbar dan majalah, lekat banyak-banyak dalam buku. Kalau yang cantik-cantik, aku lekat dekat dinding,” kongsinya.

Dia juga memiliki koleksi CD original dan sentiasa mengikuti perkembangan artis kegemarannya itu.

Perasaan itu semakin kuat apabila artis tersebut meninggal dunia. Dia mengakui terlalu terkesan hingga sanggup menukar jadual kerja semata-mata mahu menonton program tribute khas.

“Sampai menangis sebab frust sangat. Waktu jam 9 malam tu, aku tak duduk diam, minta dengan bos nak balik rumah sekejap, dapat tengok 10 minit pun jadilah,” kongsinya lagi.

Baca juga: “Jangan Salahkan Dia…” Bapa Maafkan Pak Cik Van & ‘Lepaskan’ Nur Aini Umairah Dengan Tenang

Tiba-tiba bulu roma meremang 

Namun, apa yang berlaku selepas itu benar-benar di luar jangkaan apabila dia mula mengalami keadaan yang membuatkan dirinya meremang.

“Lepas aku menangis teresak-esak, tiba-tiba aku rasa sangat sejuk. Bukan sejuk biasa, macam kena ais batu. Rasa macam mencucuk kepala, badan jadi ketar-ketar,” katanya.

Dia kemudian merasakan bulu roma meremang satu badan, terutama di bahagian tengkuk, “Aku rasa pelik, ‘Kenapa tiba-tiba sejuk sangat?'”

Keadaan itu berlarutan apabila dia menghidu bau hanyir darah bercampur bau tanah yang semakin membuatkan dirinya tidak selesa.

Situasi menjadi lebih menakutkan apabila dia merasakan seperti ada sesuatu memerhatikannya dari belakang, “Bila dah sampai tiga peringkat tu, aku rasa macam ada orang tengah perhati aku.”

Apa yang lebih mengejutkan, dia mendakwa melihat kelibat artis tersebut di belakangnya dalam keadaan yang sangat mengerikan.

“Bukan bayang-bayang, bukan ilusi memang nampak macam orang sebenar… muka dia ada darah, tanah dan luka,” katanya lagi.

Masa itu dia cuba menjerit, namun suaranya tidak keluar sebelum terus melarikan diri ke bilik.

fanatik artis

Gambar hiasan: Gemini AI

Pengalaman tersebut tidak berhenti di situ apabila dia sekali lagi mengalami gangguan ketika cuba mendengar lagu artis tersebut beberapa minggu kemudian setelah tiada lagi gangguan.

“Masa sampai chorus, telinga aku berdesing, badan jadi kaku, mata jadi gelap, macam kena tindih,” jelasnya.

Dia juga berkongsi bahawa ketika itu dia tidak mampu bergerak dan hanya mampu berdoa dalam hati sehingga keadaan kembali normal.

Baca juga: Gelagat Comel Anak Kira ‘Boxer’ Ayah Sebelum Outstation Buat Ramai Tergelak, Rupanya Ramai Ibu Bapa Pernah Alami!

Nasihat ustaz buatkan dia insaf dan buka mata

Selepas kejadian tersebut, dia mendapatkan nasihat daripada seorang ustaz yang menegaskan bahawa sikap terlalu taksub merupakan punca kepada keadaan yang dialaminya.

“Ustaz kata memang salah cara aku. Pertama, aku terlalu fanatik. Kedua, aku fanatik kepada orang yang sudah meninggal.

“Mungkin arwah juga terseksa sebab aku terlalu mengagungkan dia sampai lah Allah takdirkan arwah datang dalam bentuk macam itu supaya jadi pengajaran untuk aku dan tak ulang dah apa yang aku buat.

“Ustaz juga menasihatkan supaya aku membaca Yasin dan mendoakan arwah serta memohon agar gangguan syaitan hilang.

“Ustaz juga kata gambar bernyawa yang dilekatkan di dalam bilik memang boleh jadi sarang gangguan syaitan, sebab itu aku rasa macam diperhati,” jelasnya lagi.

Nasihat itu menjadi titik perubahan apabila dia mula sedar bahawa perbuatannya selama ini melampaui batas.

Selepas itu, dia mengambil keputusan drastik dengan membuang semua koleksi berkaitan artis tersebut termasuk gambar dan CD, selain lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mendoakan kesejahteraan arwah.

“Esoknya aku buang CD tersebut. Sampai sekarang aku tak berani dengar lagu dia lagi walaupun kadang-kadang rasa rindu.

“Aku dah insaf, solat taubat, selain mendoakan arwah supaya Allah ampunkan dosanya dan tempatkan dia dalam kalangan orang beriman. Cukuplah pengalaman ini jadi pengajaran untuk aku dan kita semua,” katanya di akhir perkongsian.

Perkongsian ini menjadi peringatan bahawa minat terhadap artis tidak seharusnya melampaui batas sehingga menjejaskan emosi dan kehidupan.

Minat itu boleh, tetapi perlu dikawal agar tidak berubah menjadi sesuatu yang memudaratkan diri sendiri.

Sumber: Threads @ikmalgoku

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×