Euforia Bola 2026
Kini Trending

Kinohimitsu Umum Pengiktirafan Halal Menerusi Majlis Berprestij

Pengiktirafan halal bukan sekadar pematuhan, sebaliknya satu pengumuman penting kepada pengguna tentang ketelusan dan kebolehpercayaan sesebuah jenama. Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh Kinohimitsu menerusi penganjuran Prestigious Halal Recognition Ceremony, sekali gus mengumumkan pengiktirafan halal yang telah diterima mereka.

Berlangsung pada 25 November 2025 yang lalu, di Auditorium Bahagian Hub Halal, JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya, majlis ini merupakan satu pencapaian penting buat Kinohimitsu sebagai jenama kesihatan dan kesejahteraan yang komited terhadap pematuhan piawaian halal. Pengiktirafan ini dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan jenama tersebut dalam pasaran tempatan.

Pengiktirafan halal bukti komitmen jenama

Antara pengisian utama majlis ialah ucapan oleh Ketua Pegawai Operasi Kinohimitsu, Ms. Jennifer Chin, yang menekankan bahawa pengiktirafan halal ini merupakan hasil komitmen jangka panjang syarikat tersebut dalam memastikan setiap proses pengeluaran memenuhi standard yang ditetapkan.

Menurut beliau, status halal bukan sekadar pencapaian, sebaliknya satu amanah untuk terus dipelihara demi kepercayaan pengguna.

Majlis turut diserikan lagi dengan ucapan oleh Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia, YBhg. Datin Dr. Norli Hj. Alias, yang menyentuh peranan kerjasama antara jenama, agensi dan komuniti dalam memperkukuh ekosistem halal di Malaysia.

Beliau menekankan bahawa kesedaran pengguna terhadap produk halal kini semakin meningkat, selari dengan perubahan gaya hidup moden.

Kemuncak acara adalah Upacara Penyampaian Pengiktirafan Halal Berprestij, yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee. Penyampaian ini mengesahkan bahawa produk Kinohimitsu telah melalui penilaian menyeluruh selaras dengan piawaian halal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Sesi bergambar dan perkongsian testimoni pengguna

Selesai sesi bergambar, majlis  diteruskan lagi dengan sesi perkongsian testimoni produk Kinohimitsu Wellsure dan Kinohimitsu Bird’s Nest.

Majlis diakhiri dengan sidang media dan sesi soal jawab bersama wakil media, diikuti sesi jaringan dan jamuan ringan. Interaksi yang berlangsung membuka ruang kepada perbincangan yang lebih mendalam mengenai kepentingan pensijilan halal dalam membina kepercayaan jangka panjang antara jenama dan pengguna.

Menerusi penganjuran majlis ini, Kinohimitsu bukan sahaja mengumumkan pengiktirafan status halal secara rasmi, malah memperlihatkan komitmen berterusan terhadap ketelusan, kualiti dan pematuhan piawaian. Bagi pengguna, pengiktirafan ini menjadi jaminan bahawa setiap produk yang dipilih selari dengan keperluan, nilai dan gaya hidup masa kini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×