Euforia Bola 2026
Famili

Kilang Continental Di Alor Setar Tutup Hujung Tahun Ini, 950 Orang Bakal ‘Menganggur’

KILANG CONTINENTAL

Kilang Continental di Alor Setar, Kedah yang merupakan tempat pembuatan tayar akan menghentikan operasinya menjelang hujung tahun 2025 ini.

Kilang ini mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan bagi pasaran Asia Pasifik, serta tayar motosikal. Difahamkan seramai 950 pekerja di fasiliti berkenaan.

Baca juga: Demi Capai Impian Bergelar Doktor, Wanita 36 Tahun Ini Sanggup Duduki SPM Semula!

KILANG CONTINENTAL DI ALOR SETAR DITUTUP

KILANG CONTINENTAL

Pihak Continental menyatakan bahawa keutamaan syarikat adalah untuk menyokong pekerjanya dengan menyediakan bantuan seperti kaunseling kerjaya serta meneroka peluang pekerjaan yang berpotensi sama ada dalam Continental mahupun di luar syarikat.

Keputusan menutup kilang tayar Continental di Alor Setar adalah hasil daripada semakan perniagaan secara terperinci yang bertujuan untuk melindungi daya saing, serta prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia Pasifik (APAC).

“Usaha ini juga dilaksanakan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan. Syarikat juga berhasrat untuk mengoptimumkan portfolio produk tempatan dan memantau pengeluarannya,” jelasnya.

Selain di Alor Setar, kilang Continental ini turut terletak di Hefei (China), Rayong (Thailand), Modipuram (India), Kalutara (Sri Lanka), dan Petaling Jaya (Malaysia).

Kilang tayar di Alor Setar mula beroperasi Pada 20 Disember 1979 dan sejak Mei 2012, kilang ini menjadi anak syarikat milik penuh Continental dan melibatkan kawasan seluas kira-kira 133,000 meter persegi.

Baca juga: Ibu Kecewa Nama Anak Makin Ramai Yang Sama, Anggap Orang Luar Suka Meniru…

Sumber: Harian Metro 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×