Euforia Bola 2026
Sihat

Amalkan Makan Mentah 1-3 Kuntum Bunga Telang Waktu Pagi, Baru Khasiat Serap Dalam Badan

KHASIAT BUNGA TELANG

Menerusi perkongsian di Facebook oleh pengguna dikenali sebagai Syahrizan Mahmood, dia menjelaskan khasiat bunga telang serta cara pengambilan yang betul agar kebaikannya dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh.

Menurutnya, amalan makan bunga telang mentah setiap pagi membantu mengekalkan kebaikan semula jadi tanpa menghilangkan nutrisi akibat air panas.

Baca juga: Aktiviti Selepas Graduasi Jadi Tragedi, Budak 5 Tahun Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dalam Kolam

KHASIAT BUNGA TELANG, MAKAN DENGAN CARA & WAKTU BETUL

KHASIAT BUNGA TELANG

Dia menjelaskan tentang cara pengambilan bunga telang yang betul untuk mendapatkan khasiat maksimum. Menurutnya, amalan makan bunga telang mentah setiap pagi membantu mengekalkan kebaikan semulajadinya tanpa hilang nutrisi akibat air panas.

“Setiap pagi, saya ambil 1 hingga 3 kuntum bunga telang mentah. Tak perlu rendam atau masak. Sebab apa? Berdasarkan beberapa study yang saya baca, bunga telang hilang khasiat jika direndam atau dicelur dengan air panas lebih 60°C. Jadi, kalau tujuan kita nak ambil khasiatnya, cara mentah adalah yang terbaik,” jelasnya.

Dia turut menekankan supaya bunga telang tidak direndam dengan air panas kerana nutrisi mungkin hilang. Jika sekadar untuk warna, air panas boleh digunakan, tetapi untuk manfaat kesihatan, cara mentah atau rendam dengan air sejuk (cold brew) lebih sesuai.

Selain itu, dia mengingatkan untuk tidak mengambil terlalu banyak, cukup 1 hingga 5 kuntum sahaja. Jika terlalu banyak boleh menyebabkan darah terlalu cair, dan memberi kesan kepada penyembuhan luka. Anak-anaknya juga kini mengamalkan cara yang sama setiap pagi.

“Saya amalkan setiap pagi makan mentah. Kalau siapa yang tengah makan ubat cair darah, fungsi dia sama macam itu. Darah tak likat sangat.

“Saya tak ada masalah jantung Alhamdulillah . Cuma saya kerap buat medical checkup bila keluar keputusan dah 2 kali doktor cakap darah saya cair,” ujarnya.

Bagi mereka yang gemar menjadikan bunga telang sebagai ulam atau campuran masakan, perkongsian ini memberi panduan berguna agar khasiat bunga telang tidak terjejas.

KHASIAT BUNGA TELANG

Tips ambil bunga telang

Waktu terbaik: Pagi, semasa embun masih ada, sebab rasa lebih fresh.

Elak semut: Kalau ambil tengah hari, semut suka madu dalam bunga juga. Cuba rasa sendiri, manis sikit tau!

Selain dimakan mentah, bunga telang juga boleh dijadikan ulam atau dicampur dalam masakan. Siapa yang suka ulam bunga telang, boleh terus amalkan cara ini untuk khasiat maksimum.

Baca juga: Makan Banyak Keropok Lekor Tepi Jalan Boleh Buat Anak Kurang Zat, Doktor Ini Jelaskan Risikonya

Sumber: Facebook Syahrizan Mahmood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×