Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan kebimbangan terhadap tindakan sesetengah pihak pentadbiran sekolah dan guru yang didakwa memilih untuk menyelesaikan sendiri insiden melibatkan keselamatan pelajar tanpa memberitahu pihak berkuasa.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan, pendekatan sedemikian tidak seharusnya berlaku kerana setiap kes yang membabitkan keselamatan pelajar perlu dilaporkan segera kepada pihak polis.
Baca juga: Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Meninggal Dunia, Ditik*m Budak Lelaki Tingkatan Dua Di Sekolah
KESELAMATAN PELAJAR PENTING, SEKOLAH JANGAN SEMBUNYIKAN KES
“Jangan sembunyikan sebarang insiden. Kami minta kerjasama agar maklumat disalurkan segera supaya tindakan dapat diambil lebih awal dan ibu bapa juga tahu apa yang berlaku kepada anak mereka di sekolah,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad.
Mengulas lanjut, beliau memberi jaminan bahawa institusi pendidikan di negara ini masih berada dalam keadaan terkawal walaupun terdapat beberapa kes melibatkan jenayah di sekolah. Menurutnya, jumlah kes yang dilaporkan masih kecil berbanding jumlah keseluruhan sekolah dan pelajar di seluruh negara.
“PDRM sentiasa berusaha memastikan persekitaran sekolah kekal selamat. Kami juga menjalinkan kerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan untuk memantau keselamatan pelajar dan guru secara berterusan,” ujarnya.

Tambah beliau, pengaruh media sosial turut menjadi antara faktor yang boleh mendorong tingkah laku tidak diingini dalam kalangan pelajar, justeru ibu bapa digesa memantau aktiviti digital anak-anak secara lebih dekat.
Dalam pada itu, beliau turut menyokong cadangan Ketua Pengarah Pendidikan agar pihak polis melakukan rondaan berkala pada waktu malam di sekolah berasrama penuh.
“Saya telah arahkan Ketua Polis Negeri dan Daerah melaksanakan rondaan ini secara menyeluruh supaya pelajar asrama rasa lebih dilindungi,” katanya.
Baca juga: Isteri Pakai Susuk Di Kening & Kemaluan Demi ‘Ikat’ Suami, Menyesal Walau Setia Hingga Mati!
Sumber: Awani
