Euforia Bola 2026
Didik

Akibat Pelajar Meniru Dalam ‘Exam’, Ini 8 Idea Ekstrem Elak Ia Berlaku Hingga Susah Nak Percaya!

kesan meniru dalam peperiksaan

Menduduki ujian peperiksaan adalah salah satu perjalanan hidup yang bakal dihadapi seorang pelajar. Namun, ada segelintir pelajar suka mengambil jalan singkat iaitu perbuatan meniru untuk peroleh keputusan cemerlang. Tanpa berfikir kesan meniru dalam peperiksaan itu, telah mengakibatkan integriti dan nilai sebenar peperiksaan terjejas.

Maka, tidak hairan apabila munculnya pelbagai idea kreatif oleh barisan pendidik untuk mengekang perkara ini dari berterusan berlaku. Seperti 8 kaedah ekstrem di bawah ini, hingga menimbulkan rasa tidak percaya ia berlaku ekoran impak ditinggalkan oleh sikap pelajar tidak bertanggungjawab yang meniru di dalam peperiksaan.

Baca juga: Harga Rumah Semasa Ikut Jenis 7 Kediaman Ini, Mana Satu Idaman Anda?

KESAN MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

1. Surat khabar sebagai ‘topi’ peperiksaan

kesan meniru dalam peperiksaan

Gambar: boredpanda

Melalui portal Thequint.com , kaedah ini telah digunakan di sebuah sekolah di wilayah Anhui, China. Boleh dikatakan kreatif juga ya idea gurunya kerana menggunakan semula kertas surat khabar tanpa kos yang tinggi untuk memastikan para pelajar tidak meniru. Jimat!

Difahamkan, lubang akan digunting pada surat khabar tersebut. Kemudiannya, akan dipakai oleh pelajar pada bahagian kepala. Jadi, mereka dah tak boleh nak jeling orang sebelah kalau tak tahu jawapan.

2. Drone

kesan meniru dalam peperiksaan

Gambar: boredpanda

Memetik laporan Time.com, kaedah ini memang wujud. Di mana, pihak berkuasa China telah menerbangkan drone di pusat peperiksaan pada tahun 2015 ketika ujian kemasukan ke universiti berlangsung.

Nama pun untuk masuk ke peringkat universiti, jadi kaedahnya guna agak berteknologi tinggi ya. Bijak!

Baca juga: Isteri Belajar Tinggi Bukan Saingan Suami, ‘Maharani’ Ini Mampu Bina Anak Berkualiti!

3. Alat pengesan logam

meniru dalam peperiksaan

Gambar: boredpanda

Penggunaan alat pengesan logam ini, dah macam berada dekat lapangan terbang kan?

Menurut laman web Boredpanda, alat pengesan logam ini telah dipasang oleh pihak berkuasa pelajaran di pusat peperiksaan, China. Teknologi itu digunakan untuk mengesan sebarang alat seperti telefon bimbit yang dibawa pelajar ke dalam tempat peperiksaan.

4. Kotak tutup kepala

meniru dalam peperiksaan

Gambar: CNN

Kalau di atas tadi surat khabat, yang ini pula menggunakan kotak untuk menutup kepala. Selesa ke tak, ya?

Menurut laman web Iluminasi, kaedah ini digunakan oleh Bhagat Pre-University College di India. Difahamkan, universiti tersebut menggunakan kaedah itu ketika musim peperiksaan kerana banyaknya kes melibatkan pelajar meniru.

Namun, menurut CNN, kaedah ini masih berada di peringkat percubaan pada tahun 2019.

Baca juga: Jangan Terus Mengamuk Bila Kereta Kena Langgar Dari Belakang, Buat 7 Langkah Bijak Ini!

5. Sambungan internet ditutup ketika peperiksaan

meniru dalam peperiksaan

Gambar: iluminasi

Sementara itu, di Algeria, pihak kerajaan mereka mengambil keputusan untuk memotong sambungan internet ketika peperiksaan masuk ke universiti dijalankan.

Menurut The Guardian, kaedah extreme ini terpaksa dilakukan dek kerana pada tahun sebelumnya, beribu-ribu pelajar terpaksa menduduki peperiksaan sekali lagi selepas mendapati kertas soalan telah bocor.

Sudah pasti, kaedah ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pada orang lain kerana internet tersebut ditutup kepada semua orang. Jadi, kerja-kerja yang memerlukan sambungan internet juga telah tergendala.

6. Tidak berpakaian

pelajar meniru

Gambar: iluminasi

Pelajar jangan risau ya, kaedah ini sebenarnya digunakan kepada calon tentera di India, yang mengarahkan calon menanggalkan pakaian ketika hari pengambilan ahli baru.

Mereka hanya dibenarkan memakai seluar dalam sahaja, jadi mustahil untuk calon membawa nota kecil. Makluman semua juga, peperiksaan ini dijalankan dalam masa satu jam di atas padang.

Hmmm, tak panas ke?

Baca juga: Ilmu Suntingan Paling Asas Naikkan Seri Gambar, Serius Ini Untuk ‘Beginner’ Je!

7. Kamera litar tertutup (CCTV)

Satu lagi teknologi moden iaitu kamera litar tertutup telah digunakan untuk memastikan pelajar tidak meniru di dalam peperiksaan.

Ini kaedah yang bernas! Jadi, pengawas peperiksaan tak perlu berjalan dari satu meja ke meja yang lain untuk memastikan sama ada pelajar meniru ataupun tidak.

8. Pegang payung dalam kelas

pelajar meniru

Gambar: iluminasi

Kaedah ini berlaku di Songkhla Thailand. Pendekatan kreatif ini terpaksa dilakukan untuk menghalang penipuan oleh pelajar berulang lagi.

Hal ini kerana, beberapa kontroversi berkaitan penipuan di dalam peperiksaan pernah berlaku sebelumnya.

Jadinya, para pelajar wajib duduk di atas lantai dan menggunakan kerusi sebagai meja sambil sebelah tangan memegang payung yang terbuka semasa menjawab peperiksaaan.

Baca juga: Teringin Durian MUSANG KING Jangan Sampai Salah Beli, Ini 6 Ciri Aslinya!

Sumber: Iluminasi / Lobak Merah

FT Image: iluminasi / kriangkrainetnangrong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×