Motif sebenar di sebalik kes pembunuhan kejam kanak-kanak bernama Rafa Fauzan akhirnya terungkap. Media sebelum ini ada melaporkan mengenai anak kecil yang hilang di rumah pengasuhnya di Singkawang Tengah, Kalimantan, Indonesia.
Ternyata, Rafa Fauzan hilang selepas seorang lelaki bernama Uray Abadi yang juga jiran kepada pengasuh Rafa dan dibawa pulang ke rumahnya.
Baca juga: Kecoh Menu Pastri Di Suka Dessert Tak Halal, Auntie Ja Akui Kesilapan Sendiri Sebab Kurang Peka..
KES PEMBUNUHAN BUDAK 1 TAHUN, RUPANYA DENDAM DENGAN PENGASUH

Lokasi rumah Uray tidak begitu jauh dari kediaman pengasuh yang dikenali dengan nama Shellsi. Difahamkan, suspek melakukan perkara ini kerana menyimpan rasa sakit hati terhadap pengasuh mangsa, Riska.
Hasil siasatan polis mendapati bahawa pada hari kejadian, kira-kira jam 11:45 pagi hingga 12:00 tengah hari, mangsa telah keluar dari rumah pengasuh.
Mangsa kemudian ditekap mulutnya dan dibawa oleh Uray ke rumahnya yang hanya terletak beberapa buah rumah dari kediaman Riska.
Ketika tiba di rumah Uray Abadi, mangsa masih lagi bernyawa. Suspek kemudiannya memasukkan Rafa ke dalam guni dan kemudiannya dibawa menaiki basikal ke kawasan tanah kubur berhampiran masjid.
Suspek membiarkan guni tersebut di beranda masjid dan mengambil semula pada waktu malam namun sudah terlambat kerana si kecil itu tidak lagi bernyawa kerana kekurangan oksigen.
“Daripada pengakuan suspek, terdapat kata-kata daripada pengasuh yang menyinggung perasaannya,” ujar Ketua Siasatan Jenayah Polis Daerah (Polres) Singkawang, AKP Deddi Sitepu kepada wartawan pada Ahad (15 Jun 2025).

Suspek dipercayai merancang untuk melakukan sesuatu yang akan memberikan kesan buruk kepada Riska. Dia beranggapan bahawa sekiranya sesuatu berlaku kepada anak kecil itu ketika berada dalam jagaan Riska, maka si pengasuh akan dipersalahkan oleh ibu bapa mangsa.
“Suspek percaya bahawa jika Rafa hilang semasa di bawah jagaan pengasuh, maka pengasuh akan dipersalahkan oleh keluarga mangsa,” jelasnya.
Semasa kejadian, Shellsi masuk ke bilik seketika, sementara Rafa berada di dapur. Apabila dia keluar semula, Rafa sudah tiada di dapur dan mendapati pintu belakang rumah terbuka luas.
Baca juga: Bas, Penghadang Jalan & Mesej ‘Mati’, Tiga Lukisan Arwah Mustaqim Sebelum Tragedi Seolah Petanda
Sumber: Detik Kalimantan
