Euforia Bola 2026
Famili

“Derita 3 Jam…” Remaja Didakwa Dikurung & Dil*wat, Polis Giat Buru Suspek Ada Rekod Jenayah Lampau

liwat remaja

Polis kini sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes liwat remaja berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, Shah Alam selepas mangsa didakwa dikurung, diikat dan didera selama kira-kira tiga jam.

Lebih membimbangkan, suspek yang masih bebas turut disahkan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes rogol, kurung dan rompak seorang wanita kira-kira 18 tahun lalu.

Baca juga: “Ibu Ayah Tertuduh Tengok Dia Cuci Kereta Berkali-Kali” Perkembangan Baharu Kes 61 Tikaman Jadi Perhatian

SUSPEK LIWAT REMAJA DI BUKIT KEMUNING ADA REKOD JENAYAH LAMPAU KINI DIBURU POLIS

liwat remaja

Gambar BERNAMA: Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol

Helah tawar pakej internet jadi perangkap

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati suspek memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual dengan menawarkan satu pakej internet telefon bimbit, dengan syarat mangsa membantu mengangkat barang dalam rumah suspek.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan mangsa dilihat berjalan bersama suspek sekitar jam 8.05 pagi pada hari kejadian.

“Mangsa kemudiannya telah diikat kaki dan tangan sebelum mangsa disyaki diliwat suspek.

“Semasa dikurung dan ditinggalkan berseorangan dalam rumah itu, mangsa berjaya membuka ikatan dan menjerit meminta bantuan melalui tingkap bilik rumah sebelum diselamatkan jiran berhampiran yang seterusnya menghubungi polis,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Baca juga: “Berbaiklah Semula Dengan Acik…” – Bapa Terkilan Dedah ‘Surat Cinta’ Menggelikan Pemandu Van Kepada Anak 12 Tahun

liwat remaja

Gambar hiasan.

Suspek masih diburu polis

Ramsay Embol mengesahkan suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan, selain memaklumkan suspek sudah pun disabitkan dengan kesalahan-kesalahan berkenaan dan menjalani hukuman penjara pada 2008.

“Semakan dibuat memang suspek ada rekod jenayah lampau sepertimana dinyatakan dan juga telah terima hukuman,” katanya ringkas ketika dihubungi wartawan Berita Harian.

Menurut beliau lagi, perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Baca juga: “Ingatkan Malas Ke Tandas, Rupanya…”-Isteri Ako Mustapha Sebak Anak Trauma Dibuli Sampai Terkencing & Terberak Dalam Seluar

Sumber: Berita Harian (1), (2)

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×