Euforia Bola 2026
Sihat

Kes Kematian Pertama Covid-19 Tahun Ini Libatkan Individu Tanpa Dos Penggalak Kedua – KKM

KES KEMATIAN

Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini memaklumkan satu kes kematian disebabkan Covid-19 telah direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) dan itu merupakan kes kematian pertama tahun 2025.

Kes kematian akibat Covid-19 berkenaan melibatkan individu yang mempunyai komorbiditi serius iaitu penyakit jantung dan diabetes serta tidak menerima dos penggalak kedua.

Baca juga: Universiti Malaya (UM) Cipta Sejarah, Kini Di Tangga Ke-58 Dunia Dalam QS Rankings 2026!

KES KEMATIAN AKIBAT COVID-19 PERTAMA TAHUN INI

KES KEMATIAN

Freepik

“Situasi ini melibatkan penurunan ketara berbanding 57 kes kematian Covid-19 pada 2024. Kematian terakhir sebelum ini berlaku pada 26 Mei 2024. Ini menunjukkan keberkesanan pelaksanaan langkah kawalan oleh KKM,” jelasnya.

KKM turut memaklumkan kes Covid-19 meningkat 68 peratus iaitu kepada 3,379 kes pada ME24 berbanding 2,011 pada minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa keadaan semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia masih terkawal dan belum mencapai tahap amaran kebangsaan.

Keadaan ini dicapai hasil tindakan kesihatan awam yang berkesan serta pemantauan yang dijalankan secara konsisten.

Berdasarkan data sehingga Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24), jumlah kumulatif kes Covid-19 yang direkodkan mencecah 21,738 kes, dengan purata mingguan kekal sekitar 900 kes, menunjukkan trend yang stabil.

KES KEMATIAN

Freepik

Dalam tempoh ME24, enam pesakit Covid-19 telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesemua mereka terdiri daripada individu yang tergolong dalam kumpulan berisiko, iaitu mereka yang menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah lipid (dislipidemia), penyakit jantung serta sindrom down.

Semua pesakit menerima pemantauan rapi oleh petugas kesihatan. Empat orang telah dibenarkan keluar hospital dan pulang ke rumah, manakala dua lagi masih memerlukan rawatan dan telah dipindahkan ke wad biasa.

Sehubungan itu, KKM menggesa seluruh masyarakat, tanpa mengira usia untuk melengkapkan vaksinasi masing-masing mengikut garis panduan semasa di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi mengelakkan kes kematian berlaku.

Baca juga: Selepas 4 Bulan ‘Menyemai’ Bahtera Perkahwinan, Isteri Fikry Ibrahim Fail Permohonan Cerai?

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×