Euforia Bola 2026
Famili

222 Kes HIV Dalam Kalangan Pelajar IPT Dicatat Tahun Lepas, Majoriti Usia 18-19 Tahun!

kes jangkitan hiv

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,091 kes jangkitan HIV melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sepanjang tempoh 2020 hingga 2024, dengan 222 kes baharu dicatatkan pada tahun lalu sahaja.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, situasi ini amat membimbangkan kerana sebahagian besar kes melibatkan remaja berusia 18 dan 19 tahun.

Baca juga: Remaja 15 Tahun Maut Picit Jerawat Kerana Jangkitan Bakteria & Guna Krim Tidak Sah

TREND PENINGKATAN KES JANGKITAN HIV DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

KES JANGKITAN HIV

Ini bermakna mereka terdedah lebih awal kepada tingkah laku berisiko tinggi seperti hubungan seks tanpa perlindungan, perkongsian jarum suntikan, serta penyalahgunaan dadah.

Beliau menegaskan bahawa peningkatan jangkitan dalam kalangan pelajar IPT adalah satu isyarat jelas bahawa pendekatan intervensi yang lebih agresif dan menyeluruh perlu diperkenalkan.

Antara strategi yang sedang dipertimbangkan termasuklah pendekatan pengurangan kemudaratan (harm reduction) yang disesuaikan untuk golongan muda.

“Penggunaan Profilaksis Pra-Pendedahan (PrEP) merupakan antara inisiatif awal yang kita perkenalkan. PrEP terbukti mampu mengurangkan risiko jangkitan HIV jika diambil secara konsisten,” jelasnya.

Bagaimanapun, Lukanisman mengakui terdapat kekangan dalam pelaksanaan ujian saringan kendiri HIV dalam kalangan remaja bawah umur kerana ketiadaan peruntukan undang-undang yang membenarkan akses tanpa persetujuan ibu bapa.

KES JANGKITAN HIV

Sementara itu, Ketua Sektor HIV/STI/HeP C, Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Fazidah Yuswan memaklumkan bahawa masih terdapat sekitar 36 peratus atau 29,941 individu yang dijangkiti HIV tetapi belum dikenal pasti.

Justeru itu, KKM terus mempertingkatkan usaha pengesanan dalam komuniti, terutamanya di kalangan kumpulan berisiko tinggi, bagi memastikan lebih ramai individu yang hidup dengan HIV dapat dikesan dan diberi rawatan.

“Sebagai satu pendekatan yang lebih mesra komuniti, kita juga telah memperkenalkan kit ujian kendiri HIV yang boleh didapati melalui NGO seperti Majlis Aids Malaysia serta di farmasi komuniti.

“Kit ini dilengkapi panduan lengkap, termasuk langkah penilaian risiko serta tindakan susulan bagi memastikan pengguna mengetahui status mereka dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai,” katanya.

Baca juga: Siti Nurhaliza Kongsi Detik Masa Bersalin, Datuk K Fobia Tengok Isteri Bertarung Nyawa!

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×