Euforia Bola 2026
Famili

Mata Murid 7 Tahun Lebam, Guru Di Batu Pahat Didakwa Baling Pemadam Papan Putih

pemadam papan putih

Seorang guru wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret selepas didakwa membaling pemadam papan putih ke arah seorang murid perempuan berusia tujuh tahun sehingga menyebabkan kecederaan berhampiran mata mangsa.

Tertuduh, Fakhriah Bustani, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Baca juga: Hospital Queen Elizabeth Ulas Isu Tular, Orang Tidur Di Lobi Bukan Pesakit Menunggu Rawatan

GURU DIDAKWA BALING PEMADAM PAPAN PUTIH PADA MURID

pemadam papan putih

Gambar hiasan: Gemini AI

Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di Tongkang Pecah pada jam 9 pagi, 1 April lalu. Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap murid berusia tujuh tahun itu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan, manakala tertuduh diwakili peguam Normaahani Rais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Baca juga: Kanak-Kanak OKU Hilang Akhirnya Terjawab, Ditemui Meninggal Dalam Kebun Sawit

pemadam papan putih

Dakwa murid tidak beri tumpuan dalam kelas

Menurut laporan, mangsa pulang ke rumah sebelum memaklumkan kepada keluarganya bahawa seorang guru telah membaling pemadam papan putih ke arahnya sehingga terkena bahagian bawah mata kanan.

Siasatan polis mendapati tindakan itu didakwa berlaku kerana tertuduh beranggapan murid terbabit tidak memberi tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan serta kesan lebam pada bahagian bawah mata kanan.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai perubatan mengesahkan kecederaan dialami murid berkenaan disebabkan perbuatan tertuduh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 sebelum menetapkan 21 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen.

Baca juga: “Lepas Pukul 6 Kubur Tutup”- Ibu Dakwa Pernah Alami Nasib Sama, Jenazah Anak Dah Tepi Liang Lahad Tapi Urusan Tertangguh

Sumber: Harian Metro

FT image: Gemini AI / Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×