Terbaharu, penemuan tragis kes bunuh melibatkan seorang guru wanita berusia 51 tahun yang juga ibu tunggal, bersama anak sulungnya, seorang lelaki berusia 21 tahun, di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka pada pagi Khamis 12 Jun 2025.
Insiden menyayat hati ternyata mengejutkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya selepas baru sahaja berlaku insiden kehilangan nyawa bas pelajar UPSI.
Baca juga: “Nak Kebumi Di Mana?” – Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak, Kena ‘Heret’ Ke Mahkamah!
KES BUNUH GURU & ANAK SULUNG DI MELAKA, KEJAM!

Foto: Sinar Harian
Menurut maklumat awal, kedua-dua mangsa ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah teres setingkat milik keluarga tersebut sekitar jam 6 pagi. Turut mengejutkan, seorang lagi anak mangsa, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, ditemui dalam keadaan cedera parah dan berlumuran darah di bahagian garaj rumah.
Sumber memaklumkan bahawa anak kedua wanita itu, berusia 17 tahun, hanya pulang ke rumah pada pagi kejadian.
Setakat jam 9 pagi, pasukan forensik polis masih giat menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Turut kelihatan di tempat kejadian ialah Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah, bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) negeri, Asisten Komisioner Eu Kee Leong, yang mengetuai pasukan siasatan bagi merungkai motif dan punca kejadian tragik ini.
Kes ini kini disiasat sebagai kes bunuh dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Pihak polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Foto: Sinar Harian
*Berita seterusnya bakal menyusul…
Baca juga: Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Demam Panas Akibat ‘Disidai’ Hampir 11 Jam Di Wad, Hospital Mohon Maaf
Sumber: Sinar Harian
