Kerja kilang dengan tawaran gaji RM3500 kini menjadi perhatian ramai selepas tular video memaparkan ratusan pencari kerja sanggup beratur panjang bagi menghadiri temu duga kerja kilang sebuah syarikat elektronik di Batu Berendam, Melaka.
Ramai dilihat mula beratur sejak awal pagi demi merebut peluang pekerjaan yang dikatakan menawarkan gaji kompetitif.
Baca juga: Asyik Kena Tolak Sebab ‘Tiada Pengalaman’? Ini 10 Strategi Bijak Bantu Anda STOP ‘Tanam Anggur’!
BERATUR PANJANG CUBA NASIB KERJA KILANG GAJI RM3,500

Gambar: Facebook Datuk Shadan Othman
Gaji bermula RM3,500 jadi rebutan ramai
Situasi yang berlaku pada Ahad itu turut mencetuskan pelbagai reaksi apabila warga maya pada mulanya menyangka orang ramai beratur untuk acara makanan atau lokasi pelancongan popular.
Namun, rupa-rupanya mereka hadir untuk mencuba nasib mendapatkan jawatan kosong kilang elektronik yang ditawarkan syarikat terbabit.
Menurut laporan media, tawaran gaji dipercayai bermula sekitar RM3,500 sebulan menjadi antara faktor utama yang menarik kehadiran ramai pencari kerja, khususnya golongan muda yang sedang mencari kerja kilang gaji tinggi.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, situasi itu tidak mencerminkan kadar pengangguran tinggi di Melaka.
Sebaliknya, beliau percaya ramai yang hadir bukan sahaja rakyat Melaka, malah datang dari negeri lain selepas mengetahui tentang peluang kerja di Melaka yang menawarkan gaji menarik.
“Kadar pengangguran di Melaka hanya sekitar dua peratus sahaja.
“Apabila syarikat menawarkan peluang pekerjaan yang baik dengan gaji kompetitif, sudah tentu ia akan menarik kehadiran pencari kerja dalam jumlah yang ramai.
“Ini sebenarnya menunjukkan ekonomi Melaka berada dalam keadaan kukuh sehingga menjadi lubuk rezeki dan destinasi pencarian kerja,” katanya.
katanya.
Baca juga: Indonesia Sedia Hantar 15,000 Jururawat Untuk Bantu Atasi Krisis Kekurangan Staf Kesihatan Negara

Gambar: Facebook Datuk Shadan Othman
300 hingga 500 kekosongan jawatan ditawarkan
Menurut beliau, pihak syarikat memaklumkan sesi temu duga terbuka kilang itu diadakan bagi mengisi sekitar 300 hingga 500 kekosongan jawatan, termasuk posisi kerja operator pengeluaran dan jawatan juruteknik kilang.
Tambahnya, apabila sesebuah syarikat menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji kompetitif, ia sememangnya akan menarik kehadiran pencari kerja dalam jumlah besar.
Situasi tular itu turut mendapat perhatian Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Shadan Othman yang turun meninjau lokasi selepas menerima aduan mengenai aspek keselamatan dan keselesaan orang ramai.
Shadan turut bertemu pihak pengurusan bagi mendapatkan penjelasan serta memastikan langkah sewajarnya diambil untuk menjamin keselamatan, keselesaan dan kelancaran urusan pencari kerja yang hadir.
Malah, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut hadir mengagihkan makanan dan minuman kepada peserta temu duga.
Menjengah ke ruangan komen media sosial, ramai menyifatkan peluang pekerjaan dengan tawaran sebegitu sukar dilepaskan, terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat dan ramai sedang mencari pekerjaan lebih stabil.
Baca juga: Pointer Tinggi Saja Tak Cukup! Ini 7 Soft Skills Yang Akan Buat Majikan Berebut Nak Ambil Anda Kerja
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Facebook Datuk Shadan Othman
