Euforia Bola 2026
Famili

“Orang SP Hati-Hati”- Wanita Dakwa Ada Budak Jual Jagung Calarkan Kereta Guna Basikal, Naik Angin Sebab Tak Beli!

KERETA CALAR

Satu video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memaparkan dakwaan kereta calar akibat perbuatan seorang kanak-kanak peniaga jagung.

Menerusi akaun TikTok milik Erriesaputrie, dia menjelaskan bahawa kereta miliknya calar kerana menolak untuk membeli jagung yang dijual kanak-kanak berkenaan.

Baca juga: Tak Sangka Teknik ‘Berus’ Badan Buat Anak Picky Eater Terus Boleh Makan Apa Sahaja, Ibu Ini Kongsi Rahsia!

KERETA CALAR AKIBAT TAK BELI JAGUNG JUALAN BUDAK INI

KERETA CALAR

Dalam rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan oleh pemilik kenderaan, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki membawa beberapa bungkusan jagung ke rumah wanita berkenaan untuk dijual. Bagaimanapun, apabila wanita itu menolak untuk membeli, kanak-kanak tersebut dikatakan menggunakan ‘handlebar’ basikalnya untuk menggores kereta yang diparkir di hadapan rumah.

Kejadian berlaku sekitar jam 8 malam pada 23 Januari lalu di kawasan taman perumahan di Sungai Petani. Menurut pemilik kenderaan, ramai penduduk lain pernah mengalami situasi serupa, tetapi mereka tidak bersuara.

“Penduduk Sungai Petani sila berhati hati. Kalau jumpa pegang sat. Ramai dah yang terkena cuma belum ada yang bersuara . Saya tak tahu dia datang dari mana, siapa yang hantar tetapi cari rezeki cara macam ni tak bagus. Rosakkan harta benda orang lain,” jelas wanita itu.

KERETA CALAR

Video ini menerima pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-rata memberi amaran tentang risiko keselamatan serta pentingnya mengajar kanak-kanak menghormati harta orang lain. Ramai warganet turut berkongsi pengalaman mereka sendiri tentang kejadian yang sama, menjadikan topik ini tular dengan pantas.

“Dua hari lepas ada budak naik basikal ni datang nak jual jagung. Kita beritahu tak nak beli, dia tetap tunggu tak bergerak jugak. Puas bagitahu kata tak mahu beli adik oi,” komen pengguna TikTok.

Insiden ini menjadi pengajaran kepada penduduk setempat untuk sentiasa berwaspada dan memantau kawasan perumahan masing-masing, terutamanya apabila kanak-kanak bergerak seorang diri. Walaupun semangat berniaga pada usia muda wajar dipuji, ia perlu dilakukan dengan cara yang betul tanpa menjejaskan harta benda atau keselamatan orang lain.

@erriesaputrie_

Penduduk Sungai Petani sila berhati hati 😌 jumpa pegang sat . Ramai dah yang terkena cuma belum ada yang bersuara . Saya taktahu dia mai dari mana sapa yang hantar . Tapi cari rezeki macam ni takbagus , rosakkan harta benda orang lain. #sungaipetanikedah #penduduksungaipetani #fyp

♬ kabhi khushi Kabhie Gham – Malaysia Trends

Baca juga: Cara Buat Pes Kunyit Campur Beras DIYAKINI Boleh Rawat Bisul, Sapu Setiap Hari InsyaAllah Surut

Sumber: TikTok Erriesaputrie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×