Keratan kuku yang biasanya dianggap kotor dan terus dibuang, rupa-rupanya memiliki nilai tinggi dalam perubatan tradisional di China. Bahan ini dipercayai mampu merawat pelbagai masalah.
Antaranya ialah kembung perut kanak-kanak serta tonsilitis, menjadikannya antara ramuan unik yang semakin mendapat permintaan.
Baca juga: Kerana Kurap Badan Merenyam Tak Boleh Kawal, Sapu 5 Bahan Semula Jadi Ini Pada Kulit Terus Baik!
KERATAN KUKU LARIS JADI UBAT TRADISIONAL

Gambar Agensi: Cebisan kuku tangan seberat 1 kilogram dijual dengan harga RM98.
Jadi bahan penting dalam perubatan tradisional
Menurut laporan media tempatan, syarikat pengeluar ubat tradisional di China membeli keratan kuku daripada sekolah dan juga penduduk kampung.
Kuku tersebut kemudiannya akan melalui proses pembersihan, dijemur hingga kering, sebelum dikisar menjadi serbuk halus yang dicampurkan dalam produk ubatan.
Disebabkan manusia dewasa hanya mampu menghasilkan sekitar 100 gram kuku setahun, bekalannya agak terhad. Faktor inilah yang menyebabkan harga keratan kuku berada pada tahap tinggi dan menjadi rebutan pengusaha.
Dijual hingga ratusan ringgit sekilogram
Baru-baru ini, portal Kankan News melaporkan kisah seorang wanita dari Hebei yang menjual keratan kukunya secara dalam talian dengan harga 150 yuan (kira-kira RM98) sekilogram. Difahamkan, wanita itu mengumpul kuku sejak kecil lagi sebelum mengambil keputusan untuk menjualnya.
Penggunaan kuku manusia dalam perubatan tradisional China bukanlah sesuatu yang baharu. Namun sejak 1960-an, penggunaannya menurun kerana populariti pengilat kuku yang menjejaskan kualiti bahan tersebut.
Meskipun begitu, keratan kuku tidak pernah lenyap sepenuhnya dalam amalan tradisional dan kini kembali mendapat permintaan.
Baca juga: Buah Oren Mujarab Rawat Batuk Berpanjangan, Minum 2 Kali Sehari Bangun Esoknya Rasa Lega Tekak!
Hanya kuku tangan diterima
Dalam masa sama, pengusaha ubatan menegaskan hanya kuku tangan sahaja dibenarkan digunakan, manakala kuku kaki tidak diterima. Hal ini kerana kuku tangan dianggap lebih bersih dan sesuai dijadikan ramuan berbanding kuku kaki.
Fenomena ini sekali lagi membuka mata ramai tentang betapa uniknya dunia perubatan tradisional di China, yang masih mengekalkan penggunaan bahan-bahan luar biasa dalam rawatan mereka.
Baca juga: Usia 40 Ke Atas Jangan Main-Main Dengan 4 ‘PUTIH’ Ini… Ramai Dah Kena Serangan Mengejut!
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Google
