Euforia Bola 2026
Didik

Pelajar Autisme Raih PNGK 4.0 STPM Jadi Inspirasi…6 Jam Ulang Kaji, Tahajud & Al-Quran Jadi ‘Senjata’!

keputusan stpm 2024

Seindah namanya, pelajar dengan nama Alam Haikal Jansari Anuar, 20 tahun, kini menjadi sebutan ramai apabila kejayaannya meraih semua A dan PNGK 4.0 dalam keputusan STPM 2024 diumumkan baru-baru ini.

Lebih membanggakan, pemuda istimewa ini dilahirkan dengan menghidap autisme iaitu suatu keadaan yang dahulunya membuatkan dia gemar mengoyakkan buku dan hanya mula pandai membaca ketika berusia 10 tahun.

Baca juga: Ramai Pelajar Skor 4.00! Keputusan STPM 2024 Cipta Rekod TERTINGGI, Paling Hebat Dalam Sejarah

TAHAJUD, RAHSIA PELAJAR AUTISME SKOR SEMUA A DAN 4.0 KEPUTUSAN STPM 2024, HEBAT!

keputusan stpm 2024

Foto BERNAMA: Alam Haikal bersama ibu.

Namun siapa sangka, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang ini kini berdiri megah sebagai pelajar cemerlang sekolah, meskipun merupakan satu-satunya calon STPM kategori orang kurang upaya (OKU) di sekolah itu.

Menurut laporan Sinar Harian, pelajar berasal dari Kampung Air Berlaga, Machang, ini mendedahkan disiplin diri menjadi kunci utama kejayaannya. Setiap hari, dia memperuntukkan enam jam untuk ulang kaji pelajaran iaitu tiga jam pada waktu petang (4 hingga 7 petang) dan tiga jam lagi seawal 3 hingga 6 pagi.

Bercita-cita menjadi seorang guru, Alam tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajud dan sentiasa menjadikan al-Quran sebagai peneman rutin harian.

“Untuk faham satu-satu subjek, saya akan gunakan teknik pembelajaran yang berbeza, dan saya hanya fokus pada satu subjek sehari,” kongsinya.

ANAK PERTAMA DALAM KELUARGA BERJAYA, IBU SEBAK

keputusan stpm 2024

Foto Sinar Harian

Anak kepada pesara tentera itu membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang. Dengan fokus, disiplin dan doa yang tidak pernah putus, dia mampu bersaing setaraf rakan-rakan lain yang tiada sebarang kekurangan.

Ibunya, Norlaila Ismail, 54, berkongsi rasa syukur dan terharu atas kejayaan Alam. Jika diterima masuk ke universiti, Alam akan menjadi anak pertama dalam keluarga mereka yang berjaya ke menara gading.

Lebih menyentuh hati, Norlaila mendedahkan bahawa tiga daripada enam anaknya adalah OKU.

“Sebagai ibu, saya dan ayahnya tak pernah berhenti berdoa untuk kejayaan Alam. Kami tahu dia mampu pergi jauh, walaupun berbeza daripada yang lain,” ujar wanita tabah itu.

Kejayaan Alam Haikal bukan sekadar keputusan cemerlang, tetapi bukti bahawa dengan usaha, doa dan sokongan keluarga, tiada apa yang mustahil walau dilahirkan dengan autisme. Semoga terus melakar kejayaan di masa depan!

Baca juga: 7 Kelebihan Tingkatan 6 Yang Boleh Jadi Jalan Pintas Masuk Universiti, Jangan Pandang ‘Rendah’!

Sumber: Sinar Plus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×