Hari ini, keputusan SPM 2024 diumumkan dan mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49, berbanding 4.60 pada 2023.
Difahamkan, seramai 14,179 pelajar memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2024 berbanding 11,713 calon pada 2023.
Baca juga: Tempat Kerja & Majikan Toksik Punca 59% Rakyat Malaysia ‘Resign’, Tertinggi Di Asia Pasifik
KEPUTUSAN SPM 2024: SERAMAI 14,179 PELAJAR DAPAT SEMUA A

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan, ini bermakna ada peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 11,713 calon atau 3.1 peratus.
Tambahnya juga, bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2024, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 86,040 calon, berbanding 83,112 calon pada 2023.
“Nampaknya ia menunjukkan peningkatan 2,466 calon, iaitu peningkatan 0.6 peratus,” jelasnya.
Beliau turut menyatakan bahawa pencapaian keputusan SPM 2024 ini adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) sebanyak 4.49 berbanding 4.60 pada tahun sebelumnya.
Baca juga: Ibu Terharu Terima Layanan Tip Top Di Klinik Kesihatan, Siap Cantumkan Kerusi Rotan Untuk Anak
Sumber: Berita Harian Online
