Keputusan SPM 2024 telah diumumkan semalam dan Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa terdapat peningkatan jumlah calon yang gagal semua mata pelajaran.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan, terdapat 1,789 calon yang gagal semua mata pelajaran berbanding 1,467 calon pada tahun 2023.
Baca juga: 14,179 Pelajar Peroleh Semua A Untuk SPM 2024, Meningkat Berbanding Tahun 2023
KEPUTUSAN SPM 2024: 1789 CALON PEROLEH SEMUA G

Antara faktor kegagalan adalah disebabkan kurang memberikan fokus semasa sesi pembelajaran dijalankan selain ada di antara mereka terpaksa bekerja pada waktu malam.
“Antara faktor yang menyumbang kepada pada hal ini adalah calon yang tidak fokus semasa proses pembelajaran, sebahagian besar mereka bekerja pada waktu malam, terutama calon-calon yang berada di kawasan bandar.
“Ada sedikit juga calon yang menghadapi masalah literasi dan numerasi yang tidak ditangani lebih awal, serta kurangnya sokongan daripada persekitaran pembelajaran di rumah itu,” jelasnya.
Tambahnya lagi, KPM akan lebih komited untuk peperiksaan SPM tahun ini agar tidak berlaku peningkatan calon peroleh keputusan SPM semua G.
“KPM sedang menilai pendekatan untuk kumpulan ini bagi peperiksaan tahun 2025, termasuklah kita akan kukuhkan dalam program pemulihan berkaitan dengan keupayaan anak-anak kita untuk menganalisis dan sebagainya,” tambahnya.
Bilangan calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 adalah seramai 402,918 calon berbanding 395,924 calon SPM Tahun 2023, iaitu pertambahan sebanyak 6,994 calon (1.7%).
Baca juga: Tempat Kerja & Majikan Toksik Punca 59% Rakyat Malaysia ‘Resign’, Tertinggi Di Asia Pasifik
Sumber: Astro Awani
