Keputusan rayuan UPU bagi kemasukan ke universiti awam untuk Sesi Akademik 2026/2027 kini telah diumumkan, sekali gus menamatkan debaran dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan rayuan sebelum ini.
Selain itu, calon yang berjaya dinasihatkan untuk segera membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tawaran tersebut terbatal.
Baca juga: Kes Buli MRSM Johor: Empat Pelajar Disingkir Dua Digantung, Pelajar Junior Dibuli Turut Disiasat!
KEPUTUSAN RAYUAN UPU BOLEH DISEMAK BERMULA ESOK ( 2 JULAI)

Semakan keputusan rayuan UPU boleh dibuat bermula 2 Julai 2026 (Khamis) pada jam 12.00 tengah hari sehingga 6 Julai 2026 (Isnin) jam 5.00 petang.
Calon boleh menyemak keputusan melalui beberapa saluran rasmi yang telah disediakan, antaranya:
- Laman web rasmi (Klik di sini)
- Aplikasi UPUPocket
- Aplikasi MyGOV
Sementara itu, proses pengesahan setuju terima tawaran pula akan dibuka bermula 3 Julai hingga 6 Julai 2026.
Orang ramai khususnya calon yang terlibat dinasihatkan supaya membuat semakan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada saat akhir.
Bagi mendapatkan maklumat dan hebahan terkini berkaitan UPUOnline®, orang ramai turut digalakkan untuk mengikuti saluran rasmi TikTok BKPA UPU serta platform rasmi lain yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ini bagi memastikan calon sentiasa menerima maklumat yang sahih, tepat dan terkini berkenaan proses permohonan, semakan keputusan serta sebarang pengumuman penting berkaitan kemasukan ke universiti awam.**
Baca juga: Hanya Terlewat 2 Minit, Bapa Hantuk Kepala Di Pagar! Rayu Anak Duduki Peperiksaan NEET
Sumber: BKPA UPU
