Ribuan ibu alami high-functioning anxiety, nampak tenang di luar tapi sebenarnya tertekan di dalam. Ibu high-functioning anxiety ialah keadaan di mana seseorang kelihatan mampu urus rumah, jaga anak, bahkan berjaya dalam kerjaya, tetapi dalam diam mengalami keresahan yang mendalam dan berterusan.
Keadaan ini sering dianggap sebagai perjuangan senyap kerana kesakitan emosi tidak mudah dilihat dari luar. Ramai ibu berkongsi perasaan yang sama, “luaran nampak okey, tapi dalam hati setiap hari rasa gelisah dan bergelora.”
KENALI IBU HIGH-FUNCTIONING ANXIETY

Gambar hiasan AI
1. Apa itu High-Functioning Anxiety?
Menurut Mayo Clinic Health System, individu dengan high-functioning anxiety sering menyembunyikan keresahan di sebalik kejayaan yang kelihatan. Walaupun kelihatan berjaya, mereka sebenarnya bergelut dengan dengan keraguan diri, rasa tidak cukup, dan tekanan emosi yang sukar dikawal.
Walaupun istilah ini bukan diagnosis rasmi dalam buku perubatan, kesannya tetap besar kerana boleh menjejaskan kualiti hidup.
Tanda umum High-Functioning Anxiety pada ibu
Beberapa tanda yang sering dialami oleh ibu high-functioning anxiety ialah:
- Perfeksionis dan ingin menggembirakan semua orang: ingin nampak sempurna, sukar menolak permintaan, takut mengecewakan orang lain.
- Sibuk tanpa henti: jadual terlalu padat, takut jika berhenti seketika fikiran cemas akan menguasai diri.
- Sukar tidur dan rehat: fikiran tidak berhenti berputar walaupun sudah berbaring.
- Cemerlang walau dalam tekanan: masih cekap mengurus kerja dan keluarga, tetapi batin dan badan terasa lelah.
Mengapa ibu mudah terjejas?
Ibu berada dalam tekanan berganda. Hal ini kerana, mereka yang menjaga anak, menyiapkan tugasan, menjaga rumah dan kadangkala bekerja.
Profil masyarakat yang menghargai ibu “sempurna” menyukarkan mereka mengakui kegelisahan yang sebenar. Banyak ibu terus “berfungsi” walau hati sudah letih dan mencari kekuatan dalaman untuk terus bergerak.
Kesan jika dibiarkan
Jika berlarutan, High-Functioning Anxiety boleh menyebabkan:
- Letih melampau (burnout)
- Gangguan kesihatan mental & fizikal
- Hubungan dengan keluarga dan rakan terganggu
Cara ibu menguruskan High-Functioning Anxiety
Beberapa langkah yang boleh membantu:
- Terapi kaunseling: Contohnya kaedah terapi pemikiran tingkah laku (CBT) yang bantu ubah corak fikir negatif.
- Kemahiran kawalan diri: Amalkan kesedaran diri (mindfulness), rehat seketika, dan belajar menolak bila perlu.
- Sokongan sosial: Berkongsi rasa dengan pasangan, keluarga, rakan atau pakar.
- Penilaian kendiri: Perhatikan tanda seperti rasa sentiasa cemas, sukar rehat, atau terlalu mengejar kesempurnaan.
Kesimpulan
Walaupun tidak disebut sebagai penyakit rasmi, High-Functioning Anxiety nyata wujud di kalangan ibu moden.
Penting untuk ibu mengenal pasti tanda-tandanya, memberi ruang pada diri sendiri, serta mendapatkan bantuan bila perlu. Dengan kesedaran dan sokongan, ibu boleh terus berfungsi sambil mengurangkan beban keresahan dalaman dengan lebih sihat.
Sumber: Mayo Clinic Health System / Times Of India / Psychology Today /
FT Image: AI
