Euforia Bola 2026
Rakyat

Tunggu Naik Pangkat Sampai 8 Tahun? Kerajaan Teliti Semula Sistem Kenaikan Pangkat Penjawat Awam

KENAIKAN PANGKAT

Isu kenaikan pangkat penjawat awam yang mengambil tempoh terlalu lama akan diberi perhatian selepas kerajaan bersetuju meneliti semula proses berkenaan bagi memastikan kebajikan golongan itu terus terbela.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima maklum balas daripada penjawat awam yang menyuarakan kebimbangan mengenai tempoh menunggu kenaikan pangkat yang dianggap terlalu panjang.

Baca juga: “Bapa Juga Boleh Derhaka?”- Ini Teguran Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Tentang ‘Dosa’ Ibu Bapa Kepada Anak

KENAIKAN PANGKAT PENJAWAT AWAM DITELITI SEMULA

kenaikan pangkat

Kredit: Gemini AI

Menurut Anwar, beliau telah meminta supaya proses yang mengambil masa lama diberikan perhatian dan dipercepatkan jika terdapat ruang penambahbaikan.

Katanya, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar turut memaklumkan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

Walaupun pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam telah dibuat, Anwar berkata masih terdapat beberapa perkara berkaitan kebajikan yang perlu diperbaiki.

“Memang gaji sudah naik. Tetapi saya dimaklumkan bahawa bagi sesetengah kategori, kenaikan pangkat mengambil masa sehingga lapan tahun. Betul, saya dengar ramai mengadu perkara itu.

“Saya bertanya kepada KSN dan beliau memaklumkan bahawa dalam mesyuarat akan datang perkara itu akan diteliti semula. Mana-mana proses kenaikan pangkat yang terlalu lambat perlu dipercepatkan. Itu arahan yang telah saya berikan,” jelasnya.

Kerajaan ambil kira kebajikan penjawat awam

kenaikan pangkat

Dalam pada itu, Anwar berkata keputusan kerajaan untuk melaksanakan kenaikan gaji penjawat awam sebelum ini dibuat walaupun berdepan cabaran kewangan serta komitmen hutang negara.

Menurut beliau, cadangan awal berkaitan kadar kenaikan gaji yang dikemukakan sebelum ini dilihat masih belum mencukupi.

Katanya, beliau mahu memastikan kebajikan penjawat awam tidak diketepikan kerana golongan itu memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan kerajaan berjalan dengan baik.

“Saya tidak sanggup membentangkannya. Mereka ingat saya hendak menolak. Saya kata bukan, saya tidak sanggup kerana cadangan mereka itu, bagi saya, tidak cukup tinggi,” tambahnya.

Tambah Anwar, usaha memperkukuh kebajikan penjawat awam akan diteruskan supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan penuh komitmen.

Beliau berkata, penghargaan terhadap penjawat awam bukan hanya melibatkan soal gaji, tetapi turut merangkumi peluang kemajuan kerjaya serta sistem yang lebih baik untuk masa depan mereka.

Baca juga: “Jantan B*doh!”- Rumah Tangga Jadi ‘Pertaruhan’ Bola Sepak, Suami Janji Cerai Talak 3 Kerana Argentina Kalah

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×