Euforia Bola 2026
Famili

Strim Lebih Lama, Lagi Besar Peluang Menang Kereta! Kempen ‘Tonton Non Stop, On Top!’ Tawar Ganjaran Hebat

kempen tonton non stop

Menerusi kempen Tonton Non Stop, On Top! platform penstriman Tonton tampil dengan program ganjaran terbesar yang berlangsung dari 15 Jun hingga 9 Ogos 2026.

Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan berpeluang mengumpul mata hanya dengan menstrim kandungan terpilih dan bersaing dalam carta kedudukan untuk merebut pelbagai hadiah lumayan.

Baca juga: Berita Baik! Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Di Semua ATM Bermula 1 Julai 2026

KEMPEN TONTON NON STOP, ON TOP! PELUANG MENANG KERETA

KEMPEN TONTON NON STOP

Antara hadiah yang menanti termasuk sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo dan dua unit TQ Wuling Bingo EV. Selain itu, peserta turut berpeluang memenangi 70 telefon pintar Oppo serta 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu.

Bagi memastikan lebih ramai pelanggan menikmati peluang kemenangan, seramai 298 pemenang akan dipilih pada setiap kitaran dua minggu sepanjang kempen berlangsung. Pemenang akan diumumkan bagi kategori Hadiah Utama, Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas.

Menariknya, jumlah mata serta kedudukan peserta akan ditetapkan semula pada penghujung setiap kitaran dua minggu. Ini memberi peluang sama rata kepada peserta baharu mahupun sedia ada untuk kembali bersaing merebut hadiah yang ditawarkan.

Untuk menyertai kempen ini, pengguna hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga bulan atau 12 bulan. Selepas itu, mata akan mula dikumpulkan melalui tontonan kandungan yang ditetapkan.

KEMPEN TONTON NON STOP

Lebih lama masa diluangkan untuk menonton, lebih banyak mata yang boleh diperoleh. Ini sekali gus meningkatkan peluang peserta untuk menduduki tangga teratas carta dan membawa pulang hadiah idaman.

Selain aktiviti penstriman, pengguna juga boleh meningkatkan jumlah mata melalui pembelian Tonton Subscription Gifts untuk ahli keluarga atau rakan-rakan.

Setiap hadiah langganan selama tiga bulan memberikan 100 mata bonus, manakala hadiah langganan selama 12 bulan menawarkan 400 mata bonus. Menariknya, mata bonus ini boleh dikumpulkan tanpa had, sekali gus membantu peserta memperkukuhkan kedudukan mereka dalam carta.

Turboost gandakan mata pada hujung minggu

Bagi menjadikan persaingan lebih menarik, Tonton turut memperkenalkan ciri khas dikenali sebagai Turboost. Menerusi ciri ini, pengguna yang menonton kandungan terpilih pada hari Sabtu dan Ahad akan menerima mata berganda secara automatik.

Ganjaran tambahan ini memberi kelebihan kepada peserta untuk mengumpul mata dengan lebih pantas dan meningkatkan peluang muncul sebagai pemenang.

Sebagai antara platform penstriman pilihan rakyat Malaysia, Tonton terus komited menawarkan pengalaman hiburan yang bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi nilai tambah kepada pengguna.

Melalui kempen Tonton Non Stop, On Top!, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati pelbagai kandungan menarik, malah berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah bernilai tinggi.

Orang ramai boleh mula menyertai kempen ini dengan memuat turun aplikasi Tonton atau melayari laman web Tonton, mendaftar atau log masuk ke akaun masing-masing, dan mula menstrim kandungan terpilih bermula 15 Jun 2026.

Semakin banyak kandungan yang ditonton, semakin cerah peluang untuk mendaki carta kedudukan dan menjadi antara pemenang bertuah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×