Euforia Bola 2026
Dapur

“Siapa Masak Tu?” Cari Juara Masak Gen Z Malaysia, Pemenang Boleh Bawa Pulang RM5,000!

KEMPEN SIAPA MASAK TU

Selalu dengar orang kata Gen Z ‘generasi microwave’ sebab lebih suka beli makanan di luar berbanding memasak sendiri? Nak buktikan tanggapan itu tidak tepat, Seismik Makan tampil dengan kempen Siapa Masak Tu? Juara Masak Gen Z, sebuah pertandingan yang membuka peluang kepada anak muda Malaysia menunjukkan bakat memasak mereka kepada seluruh negara.

Baca juga: Permaisuri Pahang Kongsi Cara Buat Singgang Ikan Bilis, Guna Kuali ‘Legend’ Macam Ini Lebih Sedap!

KEMPEN SIAPA MASAK TU? JUARA MASAK GEN Z BOLEH MENANG RM5000

KEMPEN SIAPA MASAK TU

Lebih menarik, pemenang pertandingan ini berpeluang membawa pulang hadiah utama bernilai RM5,000. Kempen yang dianjurkan oleh Seismik Makan di bawah REV Media Group ini bertujuan mengetengahkan bakat memasak dalam kalangan Generasi Z.

Selain itu, ia membuktikan bahawa golongan muda hari ini bukan sahaja kreatif dan aktif di media sosial, malah mempunyai kemahiran di dapur yang tidak kurang hebatnya.

Melalui pertandingan ini, peserta digalakkan berkongsi kreativiti, kemahiran memasak dan personaliti masing-masing menerusi kandungan video pendek yang menarik.

Cara sertai kempen ini

Penyertaan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 hingga 29 tahun sehingga 23 Jun 2026.

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta hanya perlu:

  • Merakam dan memuat naik video memasak berdurasi maksimum 90 saat di TikTok atau Instagram.
  • Menjawab soalan berikut di ruangan kapsyen:

“Gen Z tak patut dilabel sebagai generasi microwave kerana…..”

  • Tag akaun TikTok atau Instagram @SeismikMakan
  • Gunakan hashtag rasmi #SiapaMasakTu

Peserta bebas menampilkan idea dan gaya tersendiri asalkan dapat menyerlahkan kemahiran memasak serta kreativiti masing-masing.

KEMPEN SIAPA MASAK TU

Menurut Ketua Video (English Network, REV Media Group), Muhamad Helmi Yahya, kempen ini diharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk meneroka minat dalam bidang kulinari selain membina komuniti pencinta makanan yang lebih aktif di media sosial.

Bagi mereka yang yakin dengan kemahiran di dapur, inilah peluang untuk membuktikan bahawa Gen Z bukan sekadar generasi microwave.

Siapa tahu, anda mungkin bakal dinobatkan sebagai  Juara Masak Gen Z Malaysia dan membawa pulang wang tunai RM5,000!

Baca juga: Ramai Stres Ayam Masih Berdarah Lepas Goreng, Rupanya Ini Teknik Viral & Mudah Warganet Kongsi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×