Euforia Bola 2026
Asuh

Permohonan Kemasukan Tabika & Taska KEMAS Tahun 2026/2027 Dibuka Hingga 31 Ogos 2025

Ibu bapa yang ingin menyediakan permulaan pendidikan terbaik buat anak-anak kini boleh mula membuat permohonan kemasukan ke Tabika dan Taska KEMAS bagi sesi tahun 2026.

KEMAS menyediakan peluang pembelajaran awal yang berkualiti untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun dalam persekitaran yang selamat dan holistik.

Baca juga: Pasangan Ireland Puji ‘Airport’ Malaysia, Hanya Lapangan Terbang Ini Ada Makanan Untuk Si Kecil

KEMASUKAN KE TABIKA/TASKA KEMAS TAHUN 2026 KINI DIBUKA

KEMASUKAN KE TABIKA

Kredit: Utusan Malaysia

Permohanan kemasukan ke Tabika dan Taska KEMAS terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 4 hingga 6 tahun (TABIKA) dan 2 hingga 4 tahun (TASKA)

Permohonan bagi sesi tahun 2026 dibuka pada 25 Mei hingga 31 Ogos 2025. Berikut merupakan langkah-langkah permohonan:

1. Imbas kod QR (Klik di sini untuk imbas) dan isi bahagian Log Permohonan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak ke TABIKA/ TASKA KEMAS.

2. Setelah menekan butang ‘Submit’ di akhir borang, ibu bapa/ penjaga perlu ‘Screnshot’ paparan terakhir – Sila tunjuk paparan tersebut kepada Guru Tabika/Taska KEMAS semasa proses mengambil dan menghantar borang permohonan.

3. Selepas itu, ibu bapa/ penjaga perlu muat turun borang melalui laman sesawang rasmi KEMAS di www.kemas.gov.my atau dapatkan borang secara fizikal di Pejabat KEMAS atau Tabika/Taska yang berhampiran atau muat turun borang terus melalui pautan ini (Klik di sini)

Antara dokumen yang perlu diserahkan bersama borang permohonan kemasukan Tabika dan Taska adalah seperti berikut:

1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak/ MyKid.

2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.

3. Slip gaji ibu dan bapa/ penjaga yang tidak bekerja/ bekerja sendiri -Rujuk Borang Bahagian C( b);

4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.

5. Salinan rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan perlu mengemukakan laporan tambahan daripada pegawai perubatan).

6. Salinan rekod imunisasi kanak-kanak.

Jangan lepaskan peluang ini, pastikan permohonan dibuat sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos 2025 bagi memastikan tempat anak anda terjamin. Semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: Anak Kena Tampar Dengan Cikgu Tapi Si Ayah ‘Balas’ Cara Matang, Tak Ada Guna Kekerasan!

Sumber: KEMAS Jabatan Kemajuan Masyrakat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×