Euforia Bola 2026
Nur

Dari Baju Mahal Sampai Barang Rosak… Pengalaman Kemas Rumah Orang Meninggal Buat Ramai Muhasabah

KEMAS RUMAH

Menerusi laman Facebook, ada satu perkongsian membuka mata ramai pembaca kerana menceritakan tentang pengalaman kemas rumah orang yang baru meninggal dunia.

Perkongsian itu bukan sekadar cerita tentang barang-barang yang ditinggalkan, tetapi menjadi cerminan kehidupan si pemilik barang.

Baca juga: Doa Sebelum Anak Pergi Sekolah, Jangan Lupa Amalkan Doa Ini Jadi Pelindung Diri Sepanjang Hari…

PENGALAMAN KEMAS RUMAH ORANG BARU MENINGGAL, INSAF

KEMAS RUMAH

Ada pengalaman yang datang tanpa dirancang, namun meninggalkan kesan yang panjang. Begitu jugalah kisah ini, pengalaman mengemas rumah seseorang yang baru sahaja kembali ke rahmatullah.

Apa yang ditemui bukan sekadar barang-barang yang ditinggalkan, tetapi peringatan halus bahawa hidup ini singkat dan dunia hanyalah persinggahan.

Saat melangkah masuk, segalanya terasa berat. Rumah itu dipenuhi kenangan, pilihan dan simpanan yang pernah menjadi sebahagian hidupnya.

1. Pakaian mahal bertimbun, tidak lagi menyentuh tubuh pemiliknya

Ada baju-baju berkualiti tinggi, masih elok, tetapi terbiar kerana tidak lagi dipakai. Akhirnya rosak begitu sahaja, dimamah masa.

2. Pakaian lama berusia bertahun, disimpan kerana ‘sayang’

Baju kerja lusuh, pakaian anak-anak ketika kecil, baju-baju yang dilipat dan tidak dilipat, semuanya kekal tersimpan. Bukan lagi berguna, tetapi barangkali terlalu sentimental untuk dilepaskan.

3. Kasut-kasut yang masih elok, namun berhabuk dan bersawang

Lebih banyak yang tidak dipakai berbanding yang masih digunakan. Kebanyakannya dalam keadaan baik, tetapi sekadar menghuni rak dan kotak.

4. Perabot rosak memenuhi ruang, menjadikan rumah sesak

Kerusi, almari, meja lama, semuanya dibiarkan walaupun tidak lagi berfungsi. Setiap langkah memerlukan hati-hati, seolah-olah rumah itu sarat dengan benda yang sudah lama tidak berjiwa.

KEMAS RUMAH

5. Dapur dipenuhi bekas, botol, tin dan pelbagai barang yang tidak diperlukan

Singki bersih, tetapi sekelilingnya penuh dengan bekas-bekas lama, barang plastik yang tidak digunakan, tersusun dan berselerak dalam kotak dan ruang yang sempit.

Semua ini menimbulkan satu persoalan, betapa banyak yang kita kumpul dalam hidup, tetapi akhirnya kita tinggalkan tanpa sempat digunakan?

Selagi masih bernyawa, kita sering terlupa bahawa kehidupan hanyalah pinjaman. Barang-barang yang kita simpan rapi tidak akan mengikut kita pergi.

Yang tinggal hanyalah amalan jadi kurangkan, ringankan, sederhanakan perkara seperti ini:

  •  Tidak perlu menyimpan pakaian berlebihan
  • Tidak perlu membeli beg tangan atau kasut lebih dari apa yang kita perlukan
  • Tidak perlu membiarkan rumah penuh dengan barang yang tidak memberi fungsi
  • Jangan berat hati untuk sedekah. Barang yang kita sayang kadang-kadang lebih bermakna di tangan orang lain

Apabila ajal tiba, tiada satu pun barangan dunia yang memberi manfaat, yang mengiringi kita hanya amal, sedekah dan doa orang yang kita tinggalkan.

Semoga kisah ini menjadi peringatan untuk hidup lebih sederhana, memberi lebih banyak dan menyedari bahawa apa yang kita miliki bukan milik kita selamanya.

Baca juga: Pekerja Kongsi Gambar Surau Di Pejabat Masing-Masing, Ada Yang Mewah & Ada Solat Guna Kotak Saja..

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×