Sukan SEA 2025 bukan sahaja menarik perhatian rakyat ASEAN kerana prestasi atlet, malah kehadiran keluarga diraja dalam beberapa acara sukan turut mencuri tumpuan.
Berikut merupakan keluarga diraja yang beraksi dalam acara sukan kali ini di temasya dwitahunan yang berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di Bangkok dan Chonburi, Thailand.
SENARAI KELUARGA DIRAJA BERAKSI DI SUKAN SEA 2025
1. Putera Sultan Pahang sumbang pingat Gangsa
- Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Putera Sultan Pahang, bukan asing dalam sukan polo Malaysia.
- Minatnya diwarisi daripada ayahanda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
- Semangat kesukanan baginda membantu skuad ekuestrian polo negara meraih pingat gangsa, selepas menewaskan Filipina 7-3.5 dalam penentuan kategori 2-4 Goals di VS Sports Club & Siam Polo Park, Samut Prakan.
- Kemenangan ini mengekalkan tradisi Malaysia dalam ekuestrian polo sejak Sukan SEA 2019 di Filipina.
Baca juga: Lima Atlet Cilik Malaysia Memanah Berkuda Ukir Sejarah, Raih Gelaran Juara (9 Emas) & 1 Rekod Dunia!
2. Permaisuri Thailand turun beraksi

Gambar: Portal Nation Thailand.
- Permaisuri Thailand, Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana, mewakili negaranya dalam acara perlumbaan perahu layar besar (keelboat) SSL47 yang berlangsung dari 15 hingga 18 Disember di Pattaya, Chonburi.
- Acara ini merupakan kategori baharu yang diperkenalkan pada edisi Sukan SEA 2025.
- Baginda berperanan sebagai pengemudi pasukannya dan sebelum itu berjaya menamatkan separuh maraton 21 km pada 30 November lalu dengan menunjukkan kecergasan luar biasa.
- Baginda yang berusia 47 tahun itu akan berperanan sebagai pengemudi pasukannya, dan pernah berjaya menamatkan larian separuh maraton sejauh 21 kilometer pada 30 November lalu.
- Kehadiran baginda yang berusia 47 tahun itu menambahkan elemen prestij dan semangat kesukanan pada temasya kali ini.
3. Putera Brunei dan kakaknya dalam Polo

Gambar: Instagram @tmski
- Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Brunei, kembali membuktikan kebolehan dalam sukan polo antarabangsa.
- Sebelum ini, baginda meraih pingat gangsa bersama pasukan kebangsaan pada Sukan SEA 2017 dan 2019.
- Turut mewakili Brunei ialah kakaknya, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, yang pernah meraih pingat gangsa pada Sukan SEA 2017 dan kini mengetuai pasukan kebangsaan sebagai kapten.
- Kali ini, pasukan polo Brunei berjaya meraih pingat perak, menentang pasukan Thailand yang memenangi emas dengan keputusan 7.5 – 0.
Sukan SEA 2025 membuktikan bahawa keluarga diraja boleh turun beraksi bersama atlet profesional, menambah warna kepada temasya dwitahunan. Dari perahu layar di Thailand hingga polo di Samut Prakan, semangat kesukanan dan dedikasi keluarga diraja menjadi inspirasi kepada masyarakat ASEAN.
Baca juga: Hafiz 30 Juzuk & 11A SPM, Muhammad Adam Tolak Tawaran Tajaan Belajar Yang Lain Demi Jadi ‘Pilot’
FT Image: Instagram @tmski / @lovequeen_suthida / @tabtms

