Euforia Bola 2026
Nur

Keluar Lendir Coklat Tapi Bukan Haid Ketika Puasa, Perlu Ganti Atau Tidak? WANITA Wajib Tahu!

KELUAR DARAH COKLAT

Keluar darah coklat ketika berpuasa pastinya menimbulkan persoalan mengenai status puasa seseorang, sama ada batal atau tidak. Hal ini kerana dalam Islam, haid termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa.

Bagi wanita, pemahaman yang jelas mengenai perkara ini dapat membantu mereka melaksanakan ibadah puasa dengan lebih yakin dan sempurna.

Baca juga: Besar Fadilat & Syafaat Bila Ada Yang Meninggal Di Bulan Ramadan, Itu Tanda Husnul Khatimah?

KELUAR DARAH COKLAT KETIKA PUASA BATAL ATAU TIDAK?

KELUAR DARAH COKLAT

Seperti yang kita tahu, antara syarat sah puasa bagi wanita adalah mereka perlu suci daripada haid dan nifas. Nabi SAW bersabda[2]:

أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ، فَذَلِكَ نُقْصَانُ دينها

Maksudnya: “Bukankah seorang wanita apabila dia dalam keadaan haid, dia tidak boleh solat dan berpuasa? Maka yang demikian itu adalah kekurangan pada agamanya.” (Riwayat al-Bukhari)

Wanita yang pernah mengalami haid pada bulan sebelumnya perlu mengambil kira tempoh minimum suci untuk menentukan haidnya pada bulan ini.

Tempoh minimum suci antara dua kitaran haid adalah 15 hari, kerana kebiasaannya seseorang wanita tidak akan bebas sepenuhnya daripada haid dan tempoh suci dalam masa sebulan.

Ini kerana jika tempoh maksimum haid adalah 15 hari, maka lazimlah juga tempoh minimum suci sebanyak 15 hari.

Menurut laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor, keluar darah coklat juga dikategorikan sebagai haid jika ia keluar sebelum darah merah dan diakhiri dengan darah coklat pada penghujung haid.

Bermula dari keluarnya tanda berwarna coklat tersebut, isteri tidak boleh solat, mengaji dan puasa, ia dikira sebagai haid sehinggalah hari ke 15 (maksimum haid menurut mazhab Shafie).

Jika lebih dari 15 hari warna coklat masih kelihatan, ia dikategorikan sebagai darah istihadah (penyakit). Maka selepas tamat 15 hari, anda dikira suci dan wajib solat dan puasa.

Bagi memudahkan anda faham:

Jika darah coklat keluar sebelum atau selepas haid dan masih dalam tempoh haid biasa, ia dikira sebagai haid, maka puasa batal.

Jika keluar di luar waktu haid, ia dikira sebagai istihadah (darah penyakit), jadi puasa tidak batal dan boleh diteruskan seperti biasa.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nak ‘Melaram’ Pagi Raya Pun Kena Beragak, JANGAN Buat 5 Cantik Yang Diharamkan Ini!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Jabatan Mufti Negeri Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×