Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] Kelindan Lori ‘Lepas Rindu’, Sempat Peluk Cium Mak Ayah Tepi Jalan Sebelum Sambung Kerja..Sebak

kelindan lori

Tugas kelindan lori atau pembantu pemandu lori sering dilihat tidak menang tangan dengan rutin penghantaran dan jadual kerja yang padat.

Namun, satu video yang tular baru-baru ini menunjukkan bahawa walaupun sibuk, seorang pemuda dari Perlis masih sempat meluangkan masa sebentar untuk berjumpa ibu bapanya di tepi jalan sebelum meneruskan kerja di Perak.

Baca juga: Terlupa Hantar Rumah Pengasuh, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Tertinggal 9 Jam Dalam Kereta Di Seremban

kelindan lori

Kesibukan kerja kadang kala menjadi batas untuk meluangkan masa bersama ibu bapa. Semakin dewasa, peluang untuk bertemu mereka semakin terhad, terutamanya jika bekerja jauh dari kampung halaman.

Video ini meruntun hati warga maya kerana kelindan lori itu tetap menghargai waktu singkat bersama orang tuanya.

Berdasarkan video yang dikongsi di TikTok, pemuda tersebut menggunakan kesempatan penghantaran di Perlis untuk bertemu ibu bapanya walaupun sekejap. Dalam video itu, dia berkata:

“Sedih tengok mereka tunggu aku tepi jalan macam ni dengan naik motornya tapi malas nak keluarkan air mata. Aku dengan mak ni kalau keluarkan air mata sama-sama macam dalam drama. Baik tahan sahaja.”  jelasnya di dalam video tersebut.

Ibunya juga dilihat menyediakan makanan kegemaran pemuda itu sebagai bekalan, manakala mereka bertiga saling berpelukan dan dia turut mencium pipi ibu bapanya sebelum menghulurkan wang kepada mereka.

Baca juga: Berat Ujian Ditanggung, Ibu Bapa OKU Besarkan Anak Usia 12 Tahun Ada 9 Masalah Kesihatan!

kelindan lori

Momen sebentar yang bermakna

Video ini mendapat lebih 530,000 tontonan dalam masa sehari sahaja dan meruntun hati ramai warganet. Antara komen yang menyentuh hati,

“Dah stop buat video macam ini. Kau ingat seronok tengok jantan gagah perkasa macam aku ini keluar air mata, aduhhhh kau ini. Bukan senang tahan air mata bro,” kata seorang pemuda.

“Rindu masakan mak,” luah seorang wanita lain, menzahirkan perasaan rindu yang sama terhadap ibu bapa mereka.

Walaupun hanya sebentar, momen itu menjadi pengajaran sosial bahawa menghargai ibu bapa tidak memerlukan waktu yang panjang, tetapi kesungguhan untuk luangkan sedikit masa sudah cukup untuk meninggalkan kenangan manis.

@zulkhaininekredit to owner video..🥲♬ original sound – ZulkarnainMs

Baca juga: Throwback Zaman Dulu! Ini 8 Wajah Terkini Pelakon Kanak-Kanak Popular & Karya Ikonik Mereka

Sumber: TikTok @zulkhainine

FT Image: TikTok @zulkhainine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×