Euforia Bola 2026
Didik

7 Kelebihan Tingkatan 6 Yang Boleh Jadi Jalan Pintas Masuk Universiti, Jangan Pandang ‘Rendah’!

kelebihan tingkatan 6

Ramai pelajar lepasan SPM beranggapan bahawa menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 atau STPM tidak setaraf dengan mengikuti program Matrikulasi, Diploma atau Asasi. Namun hakikatnya, kelebihan Tingkatan 6 ini ada ‘daya penariknya’ yang tersendiri kalau anda ambil tahu.

Jangan pandang rendah, jom ketahui keistimewaan menyambung pengajian ke Tingkatan 6 dan mungkin ini laluan terbaik untuk masa depan anda!

Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!

KELEBIHAN TINGKATAN 6 YANG PELAJAR & MAK AYAH TERLEPAS PANDANG

kelebihan tingkatan 6

Foto: Berita Harian

1. Laluan Pantas Masuk Ijazah

Ramai yang tidak menyedari bahawa Tingkatan 6 adalah satu jalan cepat untuk menyambung ke peringkat Ijazah. Sama seperti Matrikulasi dan Asasi, ia berfungsi sebagai pra-universiti, tetapi dalam suasana pembelajaran yang menyerupai sekolah.

Dengan pencapaian keputusan yang cemerlang, pelajar STPM boleh terus melangkah ke universiti awam atau swasta pilihan mereka. Hanya dengan CGPA 2.90 ke atas, peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah sudah terbuka luas.

2. Tempoh Pengajian Singkat

Salah satu kelebihan utama Tingkatan 6 ialah tempoh pengajiannya yang hanya sekitar 1 tahun 6 bulan. Ini jauh lebih cepat berbanding program Diploma yang memakan masa sekitar 3 tahun, belum termasuk tempoh pengajian Ijazah selepas itu.

Jadi, melalui laluan STPM, anda boleh jimat masa dan terus ke Ijazah tanpa perlu melalui tempoh pembelajaran yang panjang.

3. Penilaian Berasaskan Kerja Kursus

Dengan sistem STPM baharu, penilaian tidak hanya bergantung kepada peperiksaan akhir semata-mata. Kerja kursus memainkan peranan penting dalam markah keseluruhan pelajar, sekaligus memberi peluang untuk pelajar menyerlahkan kemahiran mereka secara praktikal.

Selain itu, pelajar akan lebih mahir menggunakan perisian seperti Microsoft Word, Excel dan PowerPoint dan ini satu kemahiran yang amat berguna di universiti dan juga alam pekerjaan nanti.

4. Peluang Besar ke Universiti

Ada juga dalam kalangan netizen mengatakan bahawa pelajar STPM mempunyai peluang lebih tinggi untuk diterima masuk ke IPT, terutama jika mendapat keputusan yang cemerlang. Ini memberi kelebihan kepada mereka berbanding pelajar dari laluan lain.

5. Yuran Pengajian yang Rendah

Satu lagi kelebihan besar ialah kos pengajian di Tingkatan 6 adalah jauh lebih rendah berbanding program lain. Ini sangat membantu terutamanya bagi pelajar yang menghadapi kekangan kewangan.

Bagi mereka yang ingin berjimat tetapi masih mahu meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, Tingkatan 6 adalah pilihan yang sangat berbaloi.

6. Peluang Biasiswa

Pelajar STPM juga berpeluang memohon pelbagai jenis biasiswa, termasuk untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Keputusan yang baik akan meningkatkan peluang untuk ditawarkan tajaan, sama ada daripada kerajaan atau agensi swasta.

7. Peluang ke Kursus Perguruan

Bagi yang berminat menjadi seorang pendidik, Tingkatan 6 dikatakan membuka lebih banyak ruang untuk diterima masuk ke program pendidikan. Gabungan subjek yang sesuai dan pengalaman belajar di Tingkatan 6 menjadikan calon STPM antara yang sering diutamakan untuk program perguruan!

kelebihan tingkatan 6

Foto hiasan.

Kesimpulannya, walaupun sering dipandang rendah, laluan Tingkatan 6 sebenarnya penuh dengan kelebihan dari segi kos, masa, hingga peluang masa depan. Jadi, jangan pandang rendah ya kerana ramai dalam kalangan orang yang berjaya pun bermula dengan pendidikan Tingkatan 6!

Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan

Sumber: Foto (BH), eduBestari 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×