Euforia Bola 2026
Asuh

Pot Pet Mulut Anak Bercerita Bila Balik Sekolah, Dengar & Layanlah Dengan Hati Terbuka Sebab Ada 5 Kebaikan!

anak bercerita selepas sekolah

Setiap hari selepas pulang dari sekolah, ada anak-anak yang terus berkongsi kisah mereka seperti tentang telatah guru yang lucu, kenal kawan baharu, atau buat aktiviti menarik di padang. Tabiat anak bercerita selepas sekolah ini walaupun nampak remeh, sebenarnya membawa pelbagai manfaat besar kepada perkembangan emosi, sosial dan bahasa mereka.

Hal ini kerana, apabila ibu bapa meluangkan masa untuk mendengar, mereka bukan sahaja membina hubungan yang lebih erat dengan anak, malah membantu anak membesar dengan lebih yakin, terbuka dan bijak berkomunikasi!

Baca juga: “Study Lepas Tidur Lebih Ingat” – Gaya Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar, Guna Teknik Jeda

TABIAT ANAK BERCERITA SELEPAS SEKOLAH SEBENARNYA BAWA BANYAK MANFAAT!

anak bercerita selepas sekolah

Foto: Freepik

Berikut adalah beberapa kebaikan utama tabiat ini:

1. Menggalakkan komunikasi terbuka

Anak belajar untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan pemikiran mereka dengan ibu bapa. Ini mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan membina kepercayaan.

2. Membantu perkembangan bahasa dan kemahiran bertutur

Bercerita melatih anak untuk menyusun ayat, memperkaya perbendaharaan kata, dan meningkatkan keyakinan dalam bertutur.

3. Membantu ibu bapa memahami dunia anak

Cerita anak memberi gambaran tentang apa yang berlaku di sekolah  sama ada positif atau negatif seperti interaksi dengan guru dan rakan-rakan, atau tekanan yang mereka alami.

4. Melatih refleksi dan pemikiran kritikal

Apabila anak menceritakan semula pengalaman, mereka belajar menganalisis apa yang berlaku dan memahami emosi sendiri dan orang lain.

5. Peluang untuk ibu bapa membimbing secara tidak langsung

Daripada cerita anak, ibu bapa boleh memberi nasihat, menyelesaikan kekeliruan, atau mengajar nilai-nilai murni dengan cara yang tidak menghakimi.

CARA BERKESAN UNTUK GALAKKAN ANAK BERCERITA

anak bercerita selepas sekolah

Foto: Freepik

1. Tanya soalan terbuka, bukan sekadar “Macam mana sekolah?”

Contoh:

“Apa benda paling seronok yang jadi hari ni?”

“Ada tak sesuatu yang pelik atau kelakar berlaku?”

“Main dengan siapa masa rehat tadi?”

2. Wujudkan rutin santai sebaik anak balik

Contoh:

– Berbual sambil makan snek petang
– Duduk bersama di ruang tamu tanpa gangguan TV/gajet

3. Jadi pendengar yang aktif

– Jangan potong cakap mereka
– Tunjukkan minat dengan reaksi (“Wah, betul ke?” atau “Lepas tu apa jadi?”)
– Elakkan terus beri nasihat, dengar dahulu sampai habis

Baca juga: Ini 11 Laman Web Penting Mak Ayah & Adik Lepasan SPM WAJIB Tahu, Buat Pilihan Bijak Tau!

Sumber: YoReMiKids, Cikgu Tengku Faris 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×