Euforia Bola 2026
Famili

Anak Suka Tendang & Mengamuk Bila Marah, HENTIKAN Dengan Cara Ini. Tak Payah Jadi ‘Hulk’!

KELAKUAN BURUK ANAK

Kelakuan buruk anak seperti melawan cakap, menendang ketika marah atau mengamuk tanpa sebab pastinya cabaran besar bagi setiap ibu bapa.

Jika dibiarkan berlarutan, ia bukan sahaja boleh menjejaskan perkembangan mereka tetapi juga hubungan dalam keluarga. Oleh itu, hentikan kelakuan buruk anak dengan cara tepat seperti di bawah ini.

Baca juga: Tanda-Tanda Ibu Bapa Selalu Abaikan Anak, Nombor 9 Ramai Buat & Anggap Dah ‘Perfect’!

HENTIKAN KELAKUAN BURUK ANAK DENGAN CARA INI

KELAKUAN BURUK ANAK

Freepik

Memukul, mencubit, menendang dan semua kelakuan agresif lain adalah normal dan fitrah anak kecil.

Mereka cuma:

– Nak berlatih guna koordinasi tangan dan mata serta anggota tubuh badan yang lain.

– Nak belajar kesan kejadian misalnya apa akan jadi jika saya tolak kucing ini? Adakah kucing akan jatuh?

– Tak tahu cara nak ekspresi diri dan menyatakan sesuatu dengan cara lebih baik.

– Tak faham apa yang salah VS betul.

– Kurang kawalan diri dan lain-lain.

Maka kelakuan buruk anak dapat dihentikan dengan cara seperti di bawah ini:

1. Teguran mesti segera.

2. Teguran mesti berkaitan dengan kelakuan spesifik yang ingin diubah.

Inilah asas kaedah disiplin yang popular di sebut ‘related consequeces’ (kesan perbuatan)

Bahagian otak anak hecil yang memproses info logik, alasan, masa dan tempat masih sangat tak berkembang maka, otak mereka tak akan mampu nak sambungkan kaitan di antara kejadian ketuk kepala adik guna kereta mainan pada waktu tengahari dengan ‘denda’ tak boleh pergi playground waktu petang.

Itu punca teguran perlu segera dan berkaitan dengan kelakuan spesifik yang ingin diubah. Contoh, bila anak ketuk adiknya guna kereta mainan, dengan segera datang kepada anak dan sebut:

“Kereta bukan untuk pukul. Kita main macam ni dengan kereta (demo)”

Jika anak masih memukul walaupun setelah ditegur, ucap dengan baik tapi tegas:

“No, bukan macam tu sayang. Mama simpan dulu kereta ni sekarang. Esok kakak boleh try main lagi”

Sebut dengan tepat dan jelas. Tak perlu membebel dan marah-marah kerana anak kecil tak tahu serta tak faham. Maka terang dan tunjuk kepada mereka.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jangan ‘Give Up’ Hantar & Ambil Anak Balik Sekolah, Momen Paling Ibu Rindu Bila Anak Dah Besar

Sumber: Facebook Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×