Kekerapan hubungan seksual mengikut umur sering menjadi topik yang menarik perhatian ramai. Sebenarnya, tidak ada satu angka yang ‘normal’ untuk semua orang kerana keinginan dan keaktifan seksual seseorang boleh berubah bergantung kepada usia, kesihatan, gaya hidup dan hubungan emosi.
Baca juga: Suami Didiagnos Ada Autisme Pada Usia 32, Warganet Persoal Kenapa Baru Sedar…
KEKERAPAN HUBUNGAN SEKSUAL MENGIKUT UMUR

Freepik
Usia 18 hingga 24 tahun
Bagi golongan dewasa muda dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun, hubungan seksual sering kali menjadi cerminan eksplorasi, keghairahan dan dorongan semula jadi yang tinggi. Pada peringkat inilah, hormon seperti testosteron dan estrogen berada di tahap yang paling aktif, menjadikan keinginan seksual sangat kuat.
Ramai dalam kelompok ini berada dalam hubungan cinta yang masih baru atau fasa awal perkahwinan, yang biasanya membawa kepada aktiviti seksual yang lebih kerap. Statistik dari beberapa kajian barat menunjukkan bahawa purata hubungan seks bagi mereka dalam lingkungan usia ini adalah sekitar 9 hingga 10 kali sebulan, iaitu lebih dua kali seminggu.
Namun, kekerapan ini juga dipengaruhi oleh status hubungan. Individu yang bujang mungkin kurang aktif secara konsisten berbanding mereka yang mempunyai pasangan tetap. Tetapi secara umumnya, usia ini dianggap paling aktif dari segi keinginan dan kekerapan hubungan seksual.
Usia 25 hingga 34 tahun
Kekerapan hubungan seksual ketika di usia 25 hingga 34 tahun pula masih mempunyai nafsu hubungan intim yang tinggi, namun corak kehidupannya mula berubah. Ramai yang mula berkeluarga, mempunyai komitmen kerja lebih besar atau mula merasai tanggungjawab menjaga anak kecil.
Walaupun hubungan seksual masih menjadi keutamaan dalam banyak perkahwinan atau hubungan serius pada peringkat ini, realitinya adalah kekerapan mungkin mula menurun sedikit berbanding awal 20-an. Kajian menunjukkan purata hubungan seks berada pada sekitar 7 hingga 8 kali sebulan, bergantung kepada kestabilan hubungan dan tekanan hidup yang dihadapi.

Freepik
Usia 35 hingga 44 tahun
Menjelang pertengahan 30-an hingga ke awal 40-an, kekerapan hubungan seksual juga berkurang tahap kesihatan mula memberi kesan yang lebih ketara terhadap kehidupan seksual.
Bagi ramai pasangan, hubungan seks mungkin berlaku sekitar 5 hingga 6 kali sebulan, walaupun ada juga yang masih mengekalkan kekerapan yang lebih tinggi. Perubahan hormon, khususnya dalam kalangan wanita (pra-menopaus), juga boleh mempengaruhi keinginan dan keselesaan ketika bersama.
Namun, satu perkara penting yang perlu difahami adalah hubungan intim dalam usia ini sering kali menjadi lebih mendalam dan bermakna. Pasangan yang sudah lama bersama biasanya lebih memahami kehendak dan keperluan satu sama lain. Seks bukan lagi sekadar aktiviti fizikal, tetapi menjadi simbol keintiman, penghargaan dan cinta yang matang.
Kekerapan hubungan seksual akan berubah seiring usia dan itu adalah perkara biasa. Ia tidak sepatutnya dijadikan ukuran mutlak terhadap kejayaan atau kebahagiaan dalam hubungan.
Baca juga: Calon Suami Ada Tatu, Boleh Ke Kahwin? Ini Jawapan Ustaz & Pandangan Islam
Sumber: Very Well Health
