Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Kek Pisang Coklat Sukatan Cawan, Moist Macam Mak-Mak Buat!

KEK PISANG COKLAT

Kek pisang coklat sudah tentunya hidangan kegemaran ramai tidak mengira usia. Hal ini kerana ia sesuai dinikmati bila-bila masa sahaja.

Selain membelinya di kedai bakeri, anda boleh buat sendiri di rumah menggunakan resepi perkongsian di bawah. Pasti kek pisang coklat menjadi dan sedap! Tak percaya? Cubalah!

Baca juga: Resepi Ikan Bilis Masak Asam Paling Sedap, Nasi Sepinggan Pasti Tak Cukup!

KEK PISANG COKLAT MOIST DAN SEDAP BERLEMAK

KEK PISANG COKLAT

Bahan-bahan ayak:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 ½ sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda

Bahan-bahan kisar:

  • 3 biji telur gred A (kalau gred B 4 biji)
  • ⅓ cawan gula
  • ½ cawan gula perang
  • ½ cawan minyak jagung/masak
  • ½ cawan majerin/butter (dicairkan)
  • ½ sudu kecil garam (kalau guna salted butter tak perlu letak)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pisang

– Kisar sehingga semua bahan sebati.

– Kemudian, masukkan 1 cawan pisang yang sudah dilenyek. Pastikan pisang tersebut masak ranum ya.

– Kisar sekejap sahaja, jangan terlalu halus.

– Seterusnya masukkan bahan adunan kisar ke dalam tepung yang sudah diayak.

– Masukkan sedikit demi sedikt dan bahagikan kepada dua bahagian

– 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko. Masukkan semua adunan ke dalam loyang dan taburkan coklat cip.

– Nak hias pisang di bahagian atas pun boleh. Kemudian, bakar selama 40 mint suhu 170. Saya guna loyang 4 segi saiz 7 inci.

Bila dah masak, sedia untuk dihidangkan. Resepi kek pisang coklat ini sedap dijadikan menu minum petang bersama keluarga tersayang.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Resepi Pau Kampung Kukus, Gebu & Elok Kejadiannya Jika Guna Tepung Ini

Sumber: Facebook Resepi Puding, Kek, Dan Biskut Lazat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×