Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Kek Matcha Cheese Leleh, Berlemak Manis & Pahit Memang Ramai Yang Suka!

KEK MATCHA CHEESE LELEH

Perkongsian resepi kali ini adalah kek matcha cheese leleh dan ia sudah pastinya antara makanan yang popular dan digemari ramai pada masa kini.

Sekiranya anda ingin cuba membuat sendiri kek matcha cheese leleh di rumah, boleh tengok resipi di bawah ini. Lebih berbaloi dan puas hati!

Baca juga: Resepi Donut Gemuk & Gebu Lembut Macam Kapas, Kedai Bakeri Pun Kalah!

RESEPI KEK MATCHA CHEESE LELEH, SEKALI MAKAN NAK LAGI

KEK MATCHA CHEESE LELEH

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung self rising
  • 1 sudu besar ovalate
  • 1 sudu besar emolco green tea
  • 1 sudu kecil serbuk green tea
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 1-2 titis yellow lemon
  • 1/4 cawan susu full cream
  • 1/2 cawan minyak jagung

Cara-cara penyediaan kek matcha cheese leleh:

1. Campurkan telur, gula halus, tepung self rising, ovalate, emolco green tea, serbuk green tea, pewarna hijau dan pewarna kuning.

2. Dengan menggunakan mixer, mix semua bahan di atas sehingga gebu.

3. Kemudian, masukkan susu full cream dan mix sekejap.

4. Perlahankan mixer, masukkan minyak jagung. Putar sehingga sebati.

5. Setelah sebati semuanya, masukkan adunan ke dalam bekas acuan saiz 7.

6. Wrap bekas dan kukus selama 18 minit atau sehingga masak.

Sementara itu, boleh sediakan topping matcha cheese leleh seperti di bawah.

Bahan-bahan topping:

  • 500g cream cheese suhu bilik
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan whipping non dairy
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 1 sudu besar green tea emolco
  • 1 sudu kecil serbuk green tea

KEK MATCHA CHEESE LELEH

Cara penyediaan topping:

– Potong cream cheese dan campurkan semua bahan di atas.

– Setelah siap, tuang topping di atas kek dan taburkan serbuk green tea.

Sedia untuk dihidangkan, Lemak, manis dan pahit memang sedap!

Baca juga: Cara Buat Fries Panjang Viral, Homemade Lebih ‘Mesra Poket’ Tapi Rasa Kayangan!

Sumber: Facebook Intan Baiduri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×